Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 28, 2023 @ 12:19pm

“Saya Hanya Manusia Biasa, Yang Tak Baik Janganlah Ikut…” – Aprena Manrose 

Baru-baru ini tular di media sosial apabila pelakon, Aprena Manrose menerima kritikan mengenai penampilannya dalam sebuah perkongsian.

Terbaharu, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman memohon semua agar tidak mencontohi tindakan buruk yang dilakukannya.

Malah, adik kepada aktres, Nelydia Senrose itu turut menghargai kepada yang sentiasa menyayangi dan menegurnya.

“Saya hanya manusia biasa. Yang baik silalah ikut, yang tak baik dari saya ni jangan lah anda mengikut.

“Apa apa pun terima kasih menyayangiku seadanya, tegur kerana sayang.

“Jika benar sayang, tengoklah saya mengaji akan keluar bulan Ramadan nanti tau,” tulisnya.

Aprena Manrose

Terdahulu, penampilan Aprena dikritik apabila mengenakan ‘hoodie’ sehingga menampakkan bahagian lehernya ketika menghadiri kelas riadah berbasikal.

Lebih mengejutkan, ada netizen yang mempersoalkan apakah Aprena juga akan menanggalkan hijab kelak dek kerana penampilannya sebegitu.

Terdahulu, Aprena mengaku iman di dada turun naik dan bukan mudah untuk menetapkan pendirian apabila muncul dengan imej bertudung sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gayakan Hoodie Nampak Leher, Netizen Tanya ‘Ada Hint Nak Buka Tudung Ke’… Ini Respons Aprena Manrose

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan Komen Dakwaan Nelydia Senrose Tanggal Tudung… Aprena Manrose Mohon Doa Yang Baik-Baik, Mengaku Bukan Mudah Untuk Diri Kekal Istiqamah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Mar 2021

Neelofa, PU Riz Dikhabarkan Bakal Berkahwin Hujung Minggu Ini?

Sama sama kita tunggu kenyataan rasmi Neelofa😍

Hiburan Mon, 9 Jun 2025

Masih Diperli Netizen, Muntazar Ghufran Dedah Pernah Miliki Simpanan Cecah Ratusan Ribu

Muntazar Ghufran pernah cecah ratusan ribu dalam akaun bank

Trending Wed, 15 Aug 2018

Kes Obesiti Makin Serius, Pemimpin Dicabar Kurus Dalam Masa Setahun

Wabak obesiti’ di wilayah itu didakwa berpunca daripada makanan import yang diproses selain daging berlemak.

Featured Wed, 28 Jan 2026

“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang

Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

Featured Thu, 7 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Komen Nyanyian Fazura,  Minta Asah ‘Skill’ Nyanyian – “Bila Dia Kena Macam Ni Aku Kesian”

Sebagai anak seni dia juga terkesan dengan kontroversi yang timbul sekaligus menitipkan pesana baut Fazura.

Featured Tue, 26 Apr 2022
error: Content is protected !!