Kes Mahkamah By: Atiqah Johari December 6, 2023 @ 7:55pm

5 Wanita Thailand Didenda RM4,000 Kerana Menyundal

Lima wanita berwarganegara Thailand dikenakan hukuman denda sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana melakukan aktiviti persundalan pada Oktober lalu oleh Mahkamah Majistret Bahau.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Uraiwan Pranomsri, Plumchit Multongka, Weena Chitarka, Suthirak Machalerm dan Kanittha Udtib yang berumur di antara 25 hingga 41 tahun itu membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan dakwaan, kelima-lima tertuduh mencari langganan untuk tujuan persundalan di sebuah premis di Bahau kira-kira jam 5 petang pada 18 Oktober lalu.

Mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima setahun atau denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Tambah, tertuduh telah mengaku bersalah kerana melanggar syarat pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut pada waktu, tarikh dan masa yang sama.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri dan kelima-lima tertuduh diwakili oleh peguam Roslaili Alias.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Kekuatan Jantung Tinggal 26 Peratus Sahaja, Ebby Yus Kena Cari RM38,000 Tanggung Kos Pasang Bateri Pada Jantung

Semoga ada pihak sudi hulurkan sumbangan kepada Ebby Yus dan harap segala urusan dipermudahkan.

Trending Thu, 19 Sep 2019

Datuk 61 Tahun Kantoi Hantar Surat Cinta Pada Darjah 6

Tak tahu nak gelak ke nak menangis.. Ke tersalah hantar surat tu

Hiburan Sat, 16 Sep 2023
Trending Thu, 13 Dec 2018
Featured Thu, 11 Aug 2022

Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

Biarkan Ia Pergi gandingan Amar Baharin & Isyariana