Categories: Trending

6 Lagi Tampil Buat Laporan Kes Pendakwah Selebriti, Mangsa Alami Trauma

Umum maklum, kes seorang  pendakwah selebriti yang direman selama lima hari susulan dakwaan kes rogol.

Terbaru, kes ini dilanjutkan apabila Ketua Siasatan Jenayah Selangor mengesahkan  menerima enam lagi laporan salah laku seks melibatkan lima suspek di Shah Alam dan seorang di Petaling Jaya. 

Mangsa alami trauma selepas kejadian

Seorang mangsa berusia 22 tahun yang merupakan seorang penuntut di sebuah kolej mendakwa telah dirogol oleh suspek pada Oktober lalu.

Susulan kejadian itu, mangsa telah mengalami trauma dan kini sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. 

Difahamkan, suspek akan dibawa semula ke mahkamah untuk mendapat perintah bagi menyambung tahanan reman.

Pihak polis turut menasihati agar mangsa-mangsa lain untuk tidak bimbang dan segera membuat laporan berkenaan kes ini.

Baca artikel berkaitan: Pendakwah Selebriti Akhirnya Dikenakan Perintah Reman Selama 5 Hari

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”