Categories: Trending

Pengasas Ilustrasi Artortoise, Ikhsanise Meninggal Dunia

Pastinya pemergian pengasas ilustrasi digital Artortoise, Mohamad Ikhsan bin Kamarudin pagi tadi mengejutkan ramai peminatnya.

Berita mengenai pemergian Allahyarham ini turut dikongsikan menerusi laman Facebook @Artortoise dan telahpun dikongsi sebanyak 2,900 kali sejak ianya dimuat naik.

” Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya² beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja

Untuk makluman, jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pada pagi tadi.

Allahyarham Ikhsan sebelum ini dikenali kerana tampil dengan ilustrasi personaliti popular seperti, Sheila On 7, Ernie Zakri, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Zizan Razak termasuklah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdahulu, Allahyarham pernah membuat kemas kini di laman Instagram memaklumkan beliau sedang menjalani rawatan radioterapi dengan meletakkan tanda pagar #cancerfighter.

Sumber : Facebook, Instagram

Salma Syahbuddin