Categories: Trending

Aafiyah Bakal Jadi Kakak, Siti Nurhaliza Sahkan Hamil 4 Bulan

Jika sebelum ini, ura-ura mengenai kehamilan kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza bertiup kencang dan sebentar tadi, empunya badan telah mengakui perkara tersebut. 

Terbaru, menerusi laman Instagram rasmi beliau, @ctdk, Siti memaklumkan kehamilannya kini mencecah usia 4 bulan. 

Menerusi hantaran terbabit, Siti memuat naik beberapa keping foto beliau yang dilihat menunjukkan baby bump yang semakin membesar.

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” tulisnya.

Berita kehamilan tersebut disambut baik oleh para peminat dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. 

Hantaran berkenaan telah menerima lebih 24,000 likes daripada netizen. 

Tahniah diucapkan buat Siti dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan kandungan. 

Tak sabar nak tengok adik Aafiyah!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”