Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 1, 2020 @ 3:39pm

Aafiyah Bakal Jadi Kakak, Siti Nurhaliza Sahkan Hamil 4 Bulan

Jika sebelum ini, ura-ura mengenai kehamilan kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza bertiup kencang dan sebentar tadi, empunya badan telah mengakui perkara tersebut. 

Terbaru, menerusi laman Instagram rasmi beliau, @ctdk, Siti memaklumkan kehamilannya kini mencecah usia 4 bulan. 

Menerusi hantaran terbabit, Siti memuat naik beberapa keping foto beliau yang dilihat menunjukkan baby bump yang semakin membesar.

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” tulisnya.

Berita kehamilan tersebut disambut baik oleh para peminat dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. 

Hantaran berkenaan telah menerima lebih 24,000 likes daripada netizen. 

Tahniah diucapkan buat Siti dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan kandungan. 

Tak sabar nak tengok adik Aafiyah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

Trending Thu, 24 Feb 2022

YouTuber Aiman Kecek Kelate Tinggalkan UK Demi Malaysia

YouTuber Aiman Nasir Wynne, 24, sanggup meninggalkan United Kingdom (UK) demi Malaysia. Pemuda kacukan British dan Kelantan ini menempa populariti menerusi saluran YouTube ‘Aiman Kecek Kelate’ yang mempunyai lebih 109,000 langganan. “Saya pernah datang ke […]

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
error: Content is protected !!