Categories: Trending

Sayunya… Foto Viral Doktor Ini Peluk Pesakit Covid-19 Sentuh Hati Netizen

Sekeping foto menunjukkan seorang doktor daripada Hospital di Texas memeluk seorang lelaki yang dijangkiti Covid-19 tular di media sosial.


Dr. Joseph Vaaron seorang ketua kakitangan di Pusat Perubatan United Memorial di Houston, memberitahu CNN, ketika kejadian, beliau baru memasuki wad berkenaan dan melihat seorang lelaki cuba bangun dan keluar dari sebuah bilik.

“Saya bersimpati dengannya.”

Ketika melihat warga emas tersebut yang menangis, Dr. Joseph sempat menanyakan kepada beliau kenapa pesakit tersebut menangis, pesakit tersebut memberitahu bahawa beliau mahu bersama isterinya.

Dr. Joseph memeluk lelaki itu dan menenangkannya

“Jadi, saya memeluknya. Saya amat bersimpati dengannya. Sama sepertinya… saya amat sedih.

“Tidak lama kemudian, dia berhenti menangis,” kata Varon 

Difahamkan, wad isolasi yang menempatkan pesakit Covid-19 amat sukar buat warga tua kerana mereka sentiasa bersendirian malah ada yang cuba mencuri keluar menerusi tingkap. 

Apapun, semoga kita semua dilindungi daripada Covid-19. Amalkan penjarakan sosial. #kitajagakita

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”