Categories: Trending

“9 Orang Disahkan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Pembantu”- Tunku Azizah

Umum mengetahui, Tuanku Agong dan Raja Permaisuri Agong kini menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari berikutan penularan wabak Coronavirus. Semalam, pihak Istana Negara telah memaklumkan bahawa 7 orang petugas Istana telah disahkan positif COVID-19. 

Baca berita lanjut: 7 Petugas Istana Sah Positif COVID-19, Tuanku Agong Dan Raja Permaisuri Kini Jalani Tempoh Kuarantin

Hari ini, Raja Permaisuri Agong berkongsi mengenai perkembangan terkini yang berlaku di Istana Negara. Menurut Tuanku Permaisuri, sehingga ke hari ini sembilan orang petugas Istana telah disahkan positif COVID-19

Menerusi laman Instagram rasmi airtangan_tunku azizah. Tuanku Azizah turut memberitahu bahawa keluarganya dan 3 orang pembantu rumah kini berada di Istana Negara dan tiada sesiapa dibenarkan keluar daripada bilik.

Terdahulu, Tuanku Agong dan Raja Permaisuri Agong telah pun melalui ujian saringan dan disahkan negatif wabak Coronavirus. Kami mendoakan agar pasangan Tuanku Agong dan seisi keluarga sentiasa dilindungi. Daulat Tuanku!

Kredit: Instagram Air Tangan Tunku Azizah, Malaysia United

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”