Categories: FeaturedTrending

9 Tahun Nikahi Gadis Korea, Jehan Miskin Akhirnya Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan buat pelakon kacak Jehan Miskin dan isteri Julie Camelia Rhee yang selamat menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada 20 Februari lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Jehan memuat naik beberapa keping foto bersama anak lelaki sulungnya yang diberi nama Axel Nova Rhee Jehan.

” Selamat datang ke dunia anak lelaki saya, Axel Nova Rhee Jehan, nama pertama saya. Awak lahir pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina dengan letupan bunga api, benar-benar satu keajaiban,” tulisnya

Jehan selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu seorang warganegara Korea bernama Julie Camelia Rhee pada tahun 2013.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”