Categories: Trending

“Tergelak Sampai Tercabut Gigi Palsu” – Netizen Pecah Perut Tonton Persembahan Sharifah Shahira Tiru Gaya Ella di Famili Duo

Aksi pengacara dan pelawak Sharifah Shahira atau Shiera bersama anaknya, Tallisya berentap di episod kedua program Famili Duo malam tadi meraih perhatian netizen.

Di pusingan muzik video, Shiera dan Tallisya berjaya menyampaikan lagu Hopelessly Devoted To You nyanyian asal Olivia Newton-John dengan baik.

Namun begitu, di pusingan nyanyian secara langsung, Shiera mengundang tawa juri dan penonton di rumah dengan aksinya menyampaikan lagu asal nyanyian Ella, Standing In The Eyes Of The World.

Meniru gaya nyanyian Ratu Rock itu, aksi Shiera sememangnya menghiburkan dengan suaranya yang serak-serak basah, persis Ella.

Di ruangan komen video YouTube persembahan terbabit, rata-rata peminat terhibur dengan persembahan Shiera dan Tallisya.

Namun begitu, di episod kedua, juri Famili Duo, Mark Adam dan Didie Alias telah menobatkan pasangan ibu dan anak, Siti Sairah dan Umairah sebagai juara yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad dan menampilkan lima pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod.

Jangan lupa saksikan Famili Duo, setiap Ahad jam 9 malam di TV3!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Padin