Categories: FeaturedTrending

Mohon Kelonggaran Rentas Daerah Di..

Kerajaan negeri Terengganu memohon pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya penduduk di negeri itu diberi kelonggaran untuk bergerak merentas daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata permohonan itu bertujuan memperkasakan semula sektor pelancongan domestik yang terjejas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula awal Januari lalu.

“Sejak pelaksanaan PKP, industri pelancongan di Terengganu turut menerima tempias apabila terjejas hampir 90 peratus.

“Jika kebenaran rentas daerah dibenarkan, ia memberi peluang kepada rakyat negeri ini melawat dan melancong di dalam negeri seterusnya memupuk sifat menyayangi produk pelancongan yang ada.

“Malah, penggiat industri pelancongan juga boleh bernafas semula, selain turut menyediakan pakej istimewa demi kelangsungan industri sebagai galakan mengajak rakyat Terengganu melawat dan menginap di tempat mereka,” katanya.

Sumber : BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”