Categories: Trending

“Adakah Ini Mainan Tidur Atau…” – Atiq Azman Mimpi Kena Sihir Dua Kali

Nama Atiq Azman sering menjadi perhatian warganet terutamanya di kalangan peminat remaja dek kerana memiliki wajah yang tampan dan bakat lakonan yang tidak kurang hebatnya.

Terbaru, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu ada memuat naik perkongsian di laman Insta Stories mengatakan dia telah bermimpi bahawa dirinya telah disihir. Atiq juga memberitahu bukan sahaja sekali tetapi dia bermimpi dua kali.

“Assalamualaikum semua, nak bertanya, selama hari ini Atiq tak pernah mimpi kena sihir, semalam dua kali jadi.

Menjelaskan keadaan ketika itu, Atiq mendedahkan dia juga ada membaca beberapa ayat suci Al-Quran.

“Masa yang pertama tu, Atiq cuba lawan dalam mimpi tu dengan ayat-ayat yang buat ‘dia’ panas, lepastu tersedar nafas memang laju.

“Kemudian, Atiq saja tidur balik nak tengok siapa yang buat, muka dia samar-samar lepastu hilang dah. katanya.

Musykil dengan perkara itu, pelakon berusia 22 tahun itu sempat bertanya kepada pengikutnya. Tambah Atiq, perkara tersebut merupakan pertama kali terjadi buat dirinya.

“Adakah ini mainan tidur atau ada tanda ianya betul?

“Sebab Atiq tak pernah kena.” jelasnya.

Sumber: therajaatiqullah

Khairil Khusyairi