Trending By: Padin May 20, 2021 @ 11:27am

Ain Edruce Selamat Bersalin Selepas Berbelas Jam Di Hospital, Belum Dedah Jantina Anak

Pelakon dan pengacara tinggi lampai, Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan swasta, malam tadi.

Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 30, berkongsi berita gembira terbabit menerusi ruangan Instagram Story miliknya.

“Setelah berbelas-belas jam di dalam hospital, akhirnya saya bersalin,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, pengacara Melodi Xtra itu tidak mendedahkan jantina anak sulungnya.

Ain mengajak peminat meneka terlebih dahulu sebelum memperkenalkan permata hatinya kepada umum dalam masa terdekat.

Sebelum itu, menerusi perkongsian Ain di hantaran Instagram, pelakon drama bersiri Camelia itu berkongsi detik di wad hospital sebelum melahirkan anak pertamanya.

“Guys.. Doakan Ain and @amirul_hafizz okey. Kepada yang bertanya, belum bersalin lagi ni…. Tunggu baby keluar je..Dia masih malu-malu macam saya…. Hahaha,” tulis Ain.

Ain selamat bernikah dengan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas beberapa bulan mengikat tali pertunangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Dec 2017

Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen

“Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen” – Kisah Rezeki Tidak Disangka Ini Sentuh Hati Netizen

Events Thu, 15 Dec 2022

Fokus Dalam Pengacaraan, Akhmal Nazri Utamakan Keluarga Berbanding Dunia Lakonan

Pengacara dan pelakon, Akhmal Nazri sudah lama menyepi dalam industri lakonan tanah air selepas mendirikan rumah tangga. Menurut Akhmal, dia lebih fokus dalam bidang pengacaraan berbanding dunia lakonan akibat kekangan waktu agar tidak mengabaikan keluarga. […]

Featured Mon, 7 Mar 2022
Featured Sun, 21 Feb 2021

Kerajaan Cadang Keluarkan Pasport Vaksin Untuk Penerima Vaksin

Setelah hampir dua tahun memerangi COVID-19, Vaksin Pfizer BioNtech akhirnya tiba di Malaysia pada hari ini. Justeru, kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr […]

Featured Fri, 20 May 2022