Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 20, 2022 @ 5:59pm

Didakwa Telah Mempunyai Kekasih Hati, Ini Respons Sufian Suhaimi – “Saya Tak Mahu Kalau..”

Penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi sebelum ini digosipkan telah mempunyai kekasih hati apabila sebuah video memaparkannya bersama seorang wanita di kedai makan kelihatan mesra bersama.

Tampil menjelaskan dakwaan tersebut, Sufian berkata individu wanita dalam video tular berkenaan sebenarnya adalah pengurusnya.

Tambah Sufian, mereka pada ketika berada di Pulau Pinang dan baru selesai menjayakan sesi penggambaran untuk platform YouTube.

“Wanita itu adalah pengurus saya di syarikat rakaman Rusa Music. Selepas penggambaran kami pergilah makan. Ia hanyalah situasi normal.

“Pengurus saya itu juga sudah berkahwin. Suaminya pun memahami sebab dia bukan menguruskan saya saja.

“Saya pun bukan hanya ada seorang pengurus saja dalam syarikat rakaman itu, tapi ada empat orang pengurus. Kami semua sudah seperti satu keluarga.

“Apabila video itu ditularkan, saya tak marah sebab sebenarnya sudah perasan orang itu sedang merakamkan kami,” katanya.

Sufian berkata dia menyedari aksinya bersama pengurusnya itu sedang dirakam, namun dalam masa yang sama pelantun lagu Di MataMu itu akui tidak menyalahkan individu berkenaan.

“Cara dia pegang telefon itu juga saya sudah boleh tahu dia merakamkan video. Kemudian dia lalu dan bertanya adakah pengurus saya itu teman wanita saya.

“Saya tidak salahkan dia. Saya okay saja. Saya berterima kasih kerana masih ramai yang ambil berat mengenai saya,” katanya.

@izzhaelmi

@sufiansuhaimi__ makan dengan siapa tu?🙈🤭 terima kasih..apapun awak memang sporting and cool. Semoga terus menyanyi dan hasilkan lagu-lagu yang fresh dan berkualiti #sufiansuhaimi #terasaadasentiasaada #fyp

♬ Terasa Ada – Sufian Suhaimi

Dalam pada itu, Sufian meluahkan rasa syukur kerana masih ramai peminat yang menghargainya.

“Saya terharu apabila masih lagi ada orang yang peduli dan mahu mengambil berat mengenai saya,” luahnya.

Sufian turut menjelaskan bahawa dia tidak akan berahsia sekiranya hatinya telah dimiliki oleh insan istimewa.

“Kalau saya bercinta pun, saya tidak akan sorok. Saya akan melalui fasa itu seperti orang biasa dan juga akan berkongsi dengan orang ramai sekiranya ada.

“Bagaimanapun, saya masih mencari lagi, tapi tidaklah terlalu mencari. Saya hanya ‘go with the flow’. Saya juga tak mahu asyik keluar dengan cerita putus cinta saja, nanti orang ramai bosan,” katanya.

Sufian ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Rakyat Rangers anjuran Hot FM pada pagi tadi yang berlangsung di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Rumah Terbuka Rakyat Rangers dimeriahkan dengan beberapa selebriti seperti Suki Low, Dolla, Insomniacks, Fieya Julia dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Siti Nurhaliza, Hijjaz Gabung Pentas Di Karnival Mahabbah 1.0

Acara ini akan diadakan pada 24 April bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh selaku penaja. Pembelian meja dibahagi kepada tiga kategori iaitu Platinum RM5000 (berdekatan pentas utama), Gold RM3000 (tengah dewan), Silver RM2000 (belakang). 

Featured Fri, 28 Jun 2024

“Syabas Jadi B*ru*h Yang Tidak Dibayar”- Ibu Aliff Aziz

Alamak, kita baca pun sakit hati dengar inikan pula orang yang kena caci macam ni. Hurmmmm🤧🙄

Featured Fri, 14 Jun 2024

Sharifah Rose Dan Aniq Durar Terjebak Cinta Dua Darjat

Korang jangan lupa saksikan okay drma terbaru ni!!

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

《RM》不能停播的理由?一张图令韩国网友服了

根据台湾媒体《星光云》的报导,韩国综艺节目《Running Man》原宣布于2月停播,不过后来6位成员刘在石、哈哈、金钟国、宋智孝、李光洙、池锡辰等主持群决定「跑下去」,并加入新血梁世灿、全昭旻。虽然在复播后,低迷的收视成为关注焦点,不过近日有网友PO出一张图表,成功解释“《RM》不能停播的理由”。

Featured Wed, 29 Sep 2021

Bermula Jumaat Ini Tiada Lagi Negeri Berada Dalam Fasa 1 PPN

Persetujuan kerajaan untuk membenarkan peralihan fasa dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini menyebabkan tiada lagi negeri berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Keputusan itu sekaligus membenarkan kawasan Lembah Klang termasuk […]

error: Content is protected !!