Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 8, 2023 @ 5:02pm

Dituduh Miliki Gambar & Video Lucah, Riena Diana Tidak Mahu Lagi Kongsi Gambar Seksi – “Mereka Komen Macam Tidur Sebantal Dengan Saya!”

Pelakon Riena Diana memilih untuk tidak lagi berkongsi gambar atau video yang terlalu seksi di media sosial gara-gara segelintir pihak yang menyalahgunakan hantarannya.

Memetik laporan Utusan, Riena sudah beberapa kali dihubungi rakan-rakan terdekat selepas menerima kiriman pesanan di aplikasi Telegram kononnya pelakon itu memiliki gambar dan video lucah.

“Dulu saya fikir tak apa kalau kongsi gambar seksi sebab itulah saya. Tak nak berpura-pura dan jadi diri sendiri di media sosial. Tetapi saya tidak sedar akibat dan pelbagai kemungkinan buruk yang boleh terjadi.

“Sampai ada kiriman di Telegram kononnya saya ada gambar dan video lucah padahal semua itu fitnah dan tohmahan yang sangat jahat. Bila tekan link, ternyata itu sekadar scam. Tak pasal-pasal kena tipu.

“Sejak itu, saya mula rasa takut untuk muat naik gambar atau video yang boleh mengundang tohmahan. Biarlah orang cakap saya berpura-pura sekali pun, asalkan tidak membawa fitnah terlampau,” katanya.

Malah, pelakon yang popular dengan watak Lailer dalam drama Kampung People ini memberitahu kurang selesa dengan komen-komen dan kecaman melampau netizen tentang dirinya.

“Sebenarnya isu seksi ini tidaklah terlalu membebankan fikiran saya. Bila kena kecam itu bagi saya normallah sebagai anak seni. Tetapi makin lama makin melampau pula kecaman dan kutukan mereka.

“Riena itu Riena ini. Mereka komen macam duduk serumah, tidur sebantal dengan saya. Buat saya rasa macam kalian ini kenapa? Nak apa sebenarnya? Takut juga dengan sikap segelintir warganet.

“Sebab itu bila jumpa rakan artis senior, mereka pesan, jangan terlalu terbuka dalam media sosial. Perlu ada filter juga. Tak semua suka dan doakan kebaikan kita. Ada yang berninat jahat dan tak suka kita,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 May 2025
Trending Wed, 6 Jul 2022

Mira Filzah Sedih Berjauhan Dengan Anak, Bakal Bekerjasama Dengan Neelofa

Mira Filzah sukar berjauhan dengan anak, kongsi bakal bekerjasama dengan Neelofa.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Debaran Khadijah Ibrahim Menjelang Konsert Doa Buat Kekasih

Datuk Khadijah Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Ibu memberitahu akan ada beberapa lagu duet yang pernah dihasilkan bersama Datuk Ramli Sarip namun belum pernah dinyanyikan di pentas bersama.

Featured Fri, 2 Jul 2021

Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke -10, Mizz Nina Beri Ucapan Istimewa Buat Noh Hujan

Pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Hujan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kini sudah memasuki usia 10 tahun. Dalam postingnya di Instagram, Mizz Nina meluahkan rasa tidak percaya sudah hampir 10 tahun berkongsi kehidupan […]

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Tue, 20 Feb 2024

Tular Video Berbusana Pengantin, Ziana Zain Dah Nikah? Ini Penjelasan Pengurus

Harap tiada lagi spekulasi yang timbul berkenaan perkahwinan Ziana Zain okay!🤧

error: Content is protected !!