Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir July 6, 2022 @ 7:49pm

Mira Filzah Sedih Berjauhan Dengan Anak, Bakal Bekerjasama Dengan Neelofa

Pengacara dan pelakon Mira Filzah memberitahu dia tidak kisah untuk kembali awal ke set pengambaran jika ada tawaran naskhah yang bagus dan menarik.

Menerusi ruangan AskMe di Instagram Story milik Mira, seorang peminatnya bertanya bilakan pelakon itu akan kembali ke set semula.

“Bila anda akan memulakan semula pengambaran? Sangat merindui awak,” tanya seorang peminat.

Namun menurut Mira, bukan mudah bagi dirinya untuk meninggalkan putera sulungnya, Wan Khair Amir, bagi urusan kerja.

“Sebenarnya kalau ada naskhah yang betul-betul bagus dan best, saya tidak kisah untuk mula pengambaran awal.

“Semalam keluar menonton Mat Kilau pun mata asyik melihat jam dan gambar Amir di skrin telefon saja. Rasa sedih tinggal dia padahal pergi tengok wayang saja.

“Hmm itu lah. Nak tinggalkan Amir untuk kerja dua ke tiga bulan bukan senang. Baru faham perasaan yang baru bergelar ibu,” tulisnya.

Kemudian, seorang peminat meluahkan ingin melihat Mira bersama Neelofa serta bawa berjumpa anak-anak mereka sekali, Wan Khair Amir dan Muhammad Bilal.

Mira turut mendedahkan dia bakal bekerja bersama Neelofa namun masih merahsiakan kerjasama tersebut.

Untuk rekod, Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan dikurniakan cahaya mata pada 9 Syawal lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Mar 2022
Featured Wed, 26 Nov 2025

Amelina ‘Naik Hantu’ Sindir Individu Suka Ambil Kesempatan? – “Itu Bukan Pergorbanan Kau H*nat”

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina menyorot perhatian apabila meluahkan rasa geramnya terhadap pihak yang suka mengambil kesempatan.

Events Tue, 9 Sep 2025

Serangan Kapal Utama Sumud Flotilla, Aktivis Kemanusiaan Kongsi Status Pasukan Malaysia – “Kami Diminta Untuk Kekal Tenang”

Iylia menegaskan, keadaan pasukan Malaysia yang terlibat dalam misi ini berada dalam keadaan baik.

Hiburan Fri, 12 Apr 2019
Selebriti Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Sun, 14 Sep 2025
error: Content is protected !!