Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 22, 2025 @ 5:58pm

Fazura Balas Teguran Netizen Label Peminatnya Sebagai ‘Charming Delusion’ – “Fans Mak Fatima Tak Okay? Delusion?”

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura tampil menegur tindakan segelintir warganet yang melabel peminat-peminatnya sebagai ‘a charming delusion’.

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut meninggalkan komen bahawa kedua beranak itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja, namun tidak bagi peminat aktres berkenaan.

Sedar dengan respons yang ditinggalkan, Fazura akhirnya membalas hantaran tersebut apabila mempersoalkan tindakan individu tersebut yang sesuka hati melabel peminatnya sebagai ‘delusion’.

“Fans mak Fatima tak okay? Delusion?.

“Adakah anda sudah membuat kajian yang betul berdasarkan 10 bulan terakhir ini?.” soalnya.

Tidak terhenti di situ, individu yang dikenali sebagai florett.werss bagaimanapun menjelaskan,  itu hanyalah sekadar pendapatnya sahaja berhubung isu percutian Fatima ke Disneyland baru-baru ini.

Namun, Fazura dilihat kekal dengan pendiriannya untuk mempertahankan peminat-peminatnya.

“Bagaimana pula dengan isu Disneyland yang kononnya membuat peminat Mak Fatima begitu “terkesan”? Saya akan berasa gembira jika anda dapat luangkan sedikit masa “lapang” anda untuk melihat dengan jelas betapa mereka sangat mengutamakan kebahagiaan Fatima!

“Mereka telah menyayangi, mempertahankan serta memberi sokongan dan suara kepada anak saya selama berbulan-bulan.

“Jangan risau, peminat Mak Fatima langsung tidak peduli soal pergi ke Hong Kong kerana mereka ada perkara lebih baik untuk dilakukan di Malaysia, seperti menjaga hal masing-masing dan tidak seperti sesetengah orang,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat Fazura menyokong tindakan selebriti kesayangan mereka itu sekaligus berterima kasih kerana sanggup mempertahankan mereka dari disindir atau diberikan gelaran jelik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Dec 2022
Drama Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Tak Tahu Melur Untuk Firdaus Ada Musim Ke-2, Peminat Teruja Nak Lihat Kemesraan Anna Jobling & Meerqeen!

Alahai comel je pasangan Meerna ni buat Tiktok pakai baju tidur. Apa2 pun, tak sabar lah nak tunggu Melur Untuk Firdaus 2!

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Penyanyi ‘Cumi Cumi’ Keracunan Makanan

Menurut pengurusnya Ash, penyanyi popular dengan lagu Pematah Hati itu mula mengadu sakit perut dan lemah sejak dua hari lalu. Kita sama-sama doa semoga Nabila cepat sembuh ya…

Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!

Fab Foodies! Fri, 5 Oct 2018

Kopi Ini Sangat ‘Kaww’ Sehingga Boleh Buat Anda Berjaga Selama 18 Jam

Kopi ini dikatakan sangat ‘kaw’ sehingga menyebabkan anda boleh berjaga sehingga 18 jam.Apakah jenis kopi itu dan dimana anda boleh mendapatkannya?

Trending Sun, 17 Feb 2019

Resorts World Genting Spreads the Love this Valentine’s Day to 150 Hospitalised Children

What better way to celebrate this day of love than making sick children feel better?

error: Content is protected !!