Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 2, 2019 @ 8:32pm

’Ini Bukan Majlis Sekolah Menengah’- Ahmad Idham Bidas Produksi Astro?

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendedahkan pihak produksi tidak pernah berbincang mengenai kemunculan pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura untuk menyampaikan trofi Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) lalu.

“Saya dah ‘check’ dengan jawatan kuasa Finas, tiada persetujuan mengenai Fattah dan Fazura naik bersama untuk menyampaikan anugerah pada malam itu.

“Saya diberitahu ramai pengiat seni termasuk media tidak bersetuju dengan tindakan menaikkan Fattah.

“Ia seolah-olah tidak menghormati agenda majlis nasional seperti ini,” kata Ahmad Idham.

Menurutnya, kesemua penyampai pada malam itu mestilah mereka yang sudah pun dinobatkan dalam pelbagai kategori FFM sebelum ini.

Sehubungan itu, Ahmad Idham meminta pihak produksi untuk memberi surat tunjuk sebab dan masa sama bertanggung jawab ke atas tindakan yang disifatkan tidak wajar berlaku dalam sejarah FFM.

“Pihak produksi tidak menghormati Finas walhal Finas yang membayar kos produksi pada malam itu.

“Ini bukan majlis anugerah sekolah menengah yang boleh diubah sesuka hati,” kata beliau tegas.

Beliau juga memohon pihak Datuk Hans Isaac dan Fazura agar tidak perlu bersengketa sehinggalah laporan lengkap berkaitan isu daripada pihak produksi diterima Finas.

Ahmad Idham berpendapat, persengketaan ini tidak sihat untuk industri apatah lagi mereka mungkin menjadi mangsa permainan pihak tertentu yangmencari publisiti murahan.

Semalam, beberapa portal hiburan mendakwa Fazura sengaja membawa bersama suaminya, Fattah Amin ke atas pentas untuk mengumumkan Anugerah Khas Juri pada malam FFM30.

Aktres itu juga didakwa memberi kata dua kepada pihak produksi, Astro dan FFM untuk membawa bersama Fattah ke atas pentas dan menyampaikan anugerah tersebut sehingga membelakangkan dua rakan penyampai lain iaitu Dato Hans Isaac dan Maya Karin.

Manakala dalam satu kenyataan dikeluarkan pihak pengurusan mereka, Universal Music (Malaysia) hari ini, berkata keputusan kemunculan mereka di atas pentas ketika penyampaian trofi Anugerah Khas Juri sebagai elemen kejutan dalam FFM30 adalah daripada pihak Astro.

Dalam kenyataan yang sama, mengikut perancangan yang diatur pihak Astro, Fattah sepatutnya menjadi penyampai untuk anugerah lain, tetapi ditukar pada saat akhir.

Sebagai ‘tetamu’, Fazura dan Fattah menyifatkan mereka hanya menjalankan tanggungjawab dan memberi kerjasama sebaiknya buat seluruh produksi demi kelancaran majlis.

Fazura juga meluahkan rasa terkilan dengan sikap Hans Isaac yang didakwa tanpa usul periksa menghantar kiriman WhatsApp menyatakan kekesalan terhadap tindakan kurang bijak dan tidak menghormati format majlis kepada mereka, yang menurut Hans, tidak termasuk dalam senarai penyampai pada malam itu.

Malah, dia juga meminta agar pihak Hans melakukan permohonan maaf kepadanya kerana apa yang dilemparkan oleh Hans sama sekali tidak berasas dan bukan di bawah kawalan Fazura.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2024

Tak Serik Berlakon Filem Seram, Eyka Farhana Cabar Diri Walaupun Penakut – “Mujur Ada Ustaz Di Set Penggambaran”

Kalau min kat tempat Eyka, menangis dah kat set😭 Nak tahu seram ke tak, jom saksikan Anak Perjanjian Syaitan 2 di panggung wayang terdekat! Tayangan bermula hari ini!

Hiburan Tue, 3 Mar 2026
Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Imranul Effendy Jadi Bukti Platform Digital Boleh Buka Jalan Bina Kerjaya” – Abd Rahman Soltan Fokus Ubah Masa Depan Content Creator

Kejayaan pempengaruh seperti Imranul Effendy yang kini melangkah lebih jauh dalam bidang seni menjadi bukti platform digital mampu membuka jalan kepada generasi muda membina kerjaya yang lebih besar.

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Ryzal Ibrahim, Maryam Durian Kimchi Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Sebelum ni Maryam pernah alami keguguran, kali ini Allah beri rezeki baharu. Alhamdulillah

Events Fri, 18 Oct 2024

Malam Kemuncak Semakin Hampir! Ini Antara Senarai 5 Lagu Finalis #XTRAXSTAR2024

Wah, mantap juga pemilihan lagu finalis kita ni ek!

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

神剧《美丽新世界》5奖项入围「第四届亚洲彩虹盛典」

本地电视剧和节目再次在国际舞台捎来好消息!神剧《美丽新世界》5奖项入围「第四届亚洲彩虹盛典」。

error: Content is protected !!