Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2026 @ 1:42pm

“Imranul Effendy Jadi Bukti Platform Digital Boleh Buka Jalan Bina Kerjaya” – Abd Rahman Soltan Fokus Ubah Masa Depan Content Creator

Kejayaan pempengaruh seperti Imranul Effendy yang kini melangkah lebih jauh dalam bidang seni menjadi bukti platform digital mampu membuka jalan kepada generasi muda membina kerjaya yang lebih besar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asia, Datuk Abd Rahman Soltan, perkembangan Imranul merupakan antara pencapaian yang membanggakan dan selari dengan misi yang dibawa sejak awal.

“Kalau ditanya sama ada saya bangga, sudah tentu. Memang itu antara visi yang kami pegang sejak awal lagi.

“Kita sudah lihat sendiri bagaimana ada yang bermula sebagai content creator sebelum berjaya mengembangkan kerjaya ke bidang lakonan dan filem.

“Imranul dan serta pelakon Harissa Adlynn antara contoh yang membuktikan platform digital mampu mengubah kehidupan seseorang,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang dihadiri hampir 100 pempengaruh, baru-baru ini.

Menurut Abd Rahman, fokus utama pihaknya pada tahun ini adalah melahirkan lebih ramai pencipta kandungan yang bukan sahaja popular, malah mampu menjadikan platform mereka sebagai sumber pendapatan dan masa depan yang lebih terjamin.

“Menerusi program IPP, kami mahu membantu anak muda memahami bagaimana pengaruh yang mereka miliki boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan dan membina kehidupan yang lebih stabil.

“Kami juga mahu membuka lebih banyak peluang untuk mereka berkembang dalam bidang hiburan, perniagaan dan industri kreatif,” katanya.

Tambahnya, media sosial kini bukan lagi sekadar tempat membina nama, sebaliknya menjadi batu loncatan kepada peluang yang lebih besar.

“Ramai anak muda bermula dengan menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi akhirnya mereka boleh mengembangkan potensi ke bidang lain.

“Populariti yang diperoleh boleh digunakan untuk membina perniagaan sendiri, menghasilkan jenama produk atau membuka peluang kerjaya yang lebih baik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Abd Rahman mendedahkan pihaknya sedang merancang beberapa projek mini siri dan filem yang akan menampilkan bakat-bakat influencer tempatan.

“Kami mahu melihat lebih ramai influencer berkembang sebagai pelakon dan tenaga kreatif.

“Matlamat kami bukan sekadar melahirkan individu yang terkenal di media sosial, tetapi bakat yang mampu mencipta kerjaya lebih besar dalam industri,” katanya.

Mengulas tema sambutan hari lahirnya yang diinspirasikan daripada legenda muzik dunia, Michael Jackson, Abd Rahman berkata figura tersebut dipilih kerana legasi yang ditinggalkan masih relevan sehingga hari ini.

“Bagi saya, Michael Jackson melambangkan legasi. Walaupun sudah lama tiada, karya-karyanya masih dikenali generasi muda.

“Itu menunjukkan sesuatu yang memberi impak akan terus hidup merentasi zaman. Saya percaya perkara sama boleh dicapai sekiranya kita sentiasa menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan memberi nilai kepada masyarakat,” katanya.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan penyanyi Agy serta penampilan trio pempengaruh Imranul Effendy, Izlann Iskandar dan Boi Baek. Turut hadir memeriahkan acara ialah Puteri Sari, Reyzal Yazmi, Puspagomen dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 Jan 2022

“In Tears From The Start” – Angkat Kisah Ibu & Arwah Bapa Uyaina Arshad, Netizen Sebak Tonton MV Hingga Akhir Waktu

Pengacara Uyaina Arshad dan suaminya, penyanyi Raja Syahiran berkolaborasi untuk menulis sebuah lagu berjudul Hingga Akhir Waktu. Naskhah yang kini disiarkan di saluran YouTube Uyaina Arshad itu mengangkat kisah ibu dan arwah bapa Uyaina. “Hingga […]

Trending Tue, 4 Nov 2025

Hafiz Suip Cipta ‘Malam Magis’, Peminat Terpukau Hadiri Konsert Di Sebalik Aku

Mega Star Arena, Bukit Bintang bertukar menjadi lautan emosi dan sorakan apabila penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip menggegarkan pentas dengan konsert solo yang dinanti ramai, “Di Sebalik Aku: Hafiz Suip”. Lebih 3,500 peminat membanjiri dewan […]

Hiburan Wed, 22 Apr 2026

Tiara Jacquelina Kongsi Teaser Baharu ‘Puteri Gunung Ledang The Musical 2026’, Uji Bakat Rasmi Kini Dibuka

Tiara Jacquelina berkongsi keterujaan apabila teaser bagi Puteri Gunung Ledang The Musical 2026 kini dilancarkan, sekali gus mengumumkan pembukaan rasmi sesi uji bakat untuk pementasan terbaharu karya ikonik itu.

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

Disyaki Terlibat Kes Dadah, Penyanyi Nasyid Ditahan

Penyanyi nasyid itu ditahan di di Kota Damansara.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Enggan Dikenali Dengan Gosip Murahan, Alvin Chong Mahu Jaga Nama Baik – “Saya Tak Suka Menempel”

Pelakon Alvin Chong menegaskan dia enggan mencipta kontroversi mahupun menempel dengan gosip murahan demi menaikkan namanya.

Hiburan Tue, 23 Dec 2025

Meremang… Emma Maembong Makan Daging Mentah?

Meremang tengok babak lakonan Emma Maembong!

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Makhluk Penggoda Bukti Sajat Boleh Menyanyi?

Bagi Sajat, dengan terbitnya single Makhluk Penggoda ini mampu meletakkan beliau dalam industri muzik tanah air. Dan berharap, agar single pertamanya ini juga mendapat tempat dihati peminat-peminat beliau

Featured Thu, 22 Jun 2023

Mat Dan Tampil Dalam Misi Meneroka Impian Dan Realiti Alam Di TV9

Jangn lupa saksikan Misi Mat Dan mula 3 Julai 🤩

error: Content is protected !!