Euforia Bola 2026
Trending By: Afiq Kandi November 4, 2025 @ 3:06pm

Hafiz Suip Cipta ‘Malam Magis’, Peminat Terpukau Hadiri Konsert Di Sebalik Aku

Mega Star Arena, Bukit Bintang bertukar menjadi lautan emosi dan sorakan apabila penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip menggegarkan pentas dengan konsert solo yang dinanti ramai, “Di Sebalik Aku: Hafiz Suip”.

Lebih 3,500 peminat membanjiri dewan bagi menyaksikan malam penuh makna yang bukan sekadar persembahan muzik, tetapi turut menjadi perjalanan reflektif 16 tahun karier seni Hafiz, disulami kenangan, pengorbanan serta kasih peminat yang tidak pernah pudar.

Sejak lampu dewan dipadam dan muzik pertama bergema, suasana terus berubah menjadi magis. Visual menakjubkan, pencahayaan memukau dan susunan muzik mantap arahan Aubrey Suwito menjadikan setiap persembahan seolah-olah babak daripada kisah kehidupan Hafiz sendiri.

Penonton turut larut dalam alunan lagu-lagu hits seperti Bahagiamu Deritaku, Awan Nano, Ombak Rindu, Ku Akui, Matahari dan banyak lagi, semuanya dipersembahkan dengan vokal padu dan emosi yang menyentuh jiwa.

Malam istimewa itu turut diserikan dengan dua penampilan khas, Adira Suhaimi dan Umairah yang menambahkan kehangatan dan warna pada persembahan berkenaan.

Namun, antara detik paling mencuri perhatian ialah apabila Hafiz tampil berduet bersama Sufi Rashid, yang juga Pengarah Urusan SAH Entertainment.

Duet penuh emosi itu bukan sekadar memukau, malah menzahirkan keakraban dan rasa hormat antara dua insan seni yang saling menghargai perjalanan masing-masing.

“Saya amat terharu dengan sokongan peminat. Setiap sorakan dan nyanyian mereka memberikan tenaga luar biasa. Malam ini benar-benar menjadi antara detik paling bermakna dalam hidup saya,” kata Hafiz dengan penuh syukur.

Selain persembahan yang memukau, konsert ini turut menerima pujian atas sistem audio berkualiti tinggi, susunan tempat duduk yang selesa serta suasana mesra keluarga, menjadikannya pengalaman premium untuk semua lapisan usia.

Dianjurkan oleh SAH Entertainment, konsert ini turut mendapat tajaan daripada Bienz, Solustra Perfum dan Finura, serta menerima maklum balas positif daripada penonton yang memuji penganjuran tersusun dan sarat nilai seni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Tue, 12 Nov 2024

“Do Not Settle For Less” – Fazura Kongsi Video Motivasi Buat Golongan Wanita 

Menerusi hantaran berkenaan, seseorang itu perlu dilayan dengan baik dan penuh rasa hormat sesuai dengan apa yang telah diberikannya.

Trending Fri, 15 May 2020
Hiburan Thu, 3 Apr 2025
Featured Fri, 22 May 2026

“Kelakar Bila Orang Kuat M*nyalak Online, Kena Balik Terus Terasa”- Ammar Alfian

Ammar Alfian dilihat menegur sikap segelintir pihak yang lantang bersuara di media sosial namun tidak mampu menerima kritikan apabila melibatkan diri mereka.

Trending Wed, 18 Dec 2024

Pempengaruh Bulan Terima Cemuhan Gara-Gara Imej S*ksi – “Saya Hanya Jual Kopi, Bukan Jual Tub*h!”

Bulan mendedahkan pernah menerima mesej berbaur lucah susulan imejnya yang seksi.

error: Content is protected !!