Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 18, 2024 @ 8:12pm

Pempengaruh Bulan Terima Cemuhan Gara-Gara Imej S*ksi – “Saya Hanya Jual Kopi, Bukan Jual Tub*h!”

Pempengaruh yang semakin dikenali, Bulan atau nama sebenarnya, Mabel Ira, 27, mendedahkan pernah menerima mesej berbaur lucah susulan imejnya yang seksi dan mencolok mata di media sosial.

Menurut Bulan, walaupun berpenampilan sebegitu, dia hanya fokus menjual produk kopi tanpa bancuh jenama Liquffe dan bukan menawarkan perkara lain.

“Memang saya tampil seksi, bertatu, tetapi saya hanya jual kopi tanpa bancuh, bukan jual diri. Saya tak faham bagaimana ada yang menuduh saya mencari wang dengan cara tak elok sedangkan hari-hari saya berniaga dan buat siaran langsung di media sosial untuk rezeki halal.

“Inilah diri saya sejak kecil, tetapi itu tak bermakna saya wanita murahan. Walaupun saya jual kopi, masih ada yang mesej benda-benda pelik dan tidak tahu malu,” katanya.

Sebagai seorang penari tradisional Sarawak dan pengasas Liquffe, Bulan menjelaskan bahawa kebanyakan pelanggan pada awalnya bertanya tentang produk, namun ada segelintir yang meminta layanan berlebihan.

“Ada yang kaitkan kopi ini dengan tenaga dan hubungan intim. Saya tak marah, tapi janganlah keterlaluan. Hormatilah wanita, walaupun mereka tampil seksi. Jangan anggap kami ‘murah’ atau mudah dipergunakan untuk perkara tidak elok.

“Saya kerja siang malam cari rezeki halal, jadi tolong hargai usaha saya. Apa pun, saya bersyukur kerana keluarga dan sahabat selalu menyokong. Mereka tahu betapa sukarnya saya membangunkan perniagaan ini,” katanya lagi.

Bulan turut menambah, impiannya adalah membantu wanita, khususnya suri rumah, untuk berjaya dalam perniagaan.

Dalam usaha menyahut seruan kerajaan menangani isu pengangguran, Bulan memperkenalkan kopi tanpa bancuh berbentuk cecair pertama di Malaysia, Liquffe sebagai peluang untuk masyarakat, terutama suri rumah, menjana pendapatan tambahan.

“Liquffe adalah singkatan kepada Liquid Coffee. Ia membolehkan penggemar kopi menikmatinya dengan mudah tanpa perlu membancuh. Ini salah satu sebab permintaan semakin meningkat.

“Tambahan pula, ia menggunakan nektar kelapa yang bagus untuk kesihatan. Ramai suri rumah telah mula menjual produk ini, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan tanpa mengabaikan keluarga,” jelasnya.

Bulan menekankan, produk ini bukan sahaja menjadi peluang perniagaan, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan.

“Kopi tanpa bancuh ini menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan, termasuk nektar kelapa yang kaya dengan nutrisi. Ia membantu menstabilkan paras gula dalam darah, melawan keradangan, meningkatkan metabolisme, dan menjaga kesihatan usus.

“Proses penyelidikan selama tiga bulan memastikan rasa kopi terbaik tanpa gula putih, digantikan dengan nektar kelapa. Ia sesuai untuk mereka yang ada masalah kesihatan seperti kencing manis,” katanya lagi.

Bulan berharap usaha ini dapat memberi manfaat besar, bukan hanya dari segi kewangan, tetapi juga kesihatan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Fri, 12 Jan 2024
Hiburan Mon, 23 May 2022
Trending Mon, 20 Aug 2018

Atlet Taekwondo Yap Khim Wen Sumbang Pingat Pertama Buat Malaysia. Tahniah!

Kejayaan Khim Wen menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun kem taekwondo negara di pentas Sukan Asia sejak gandingan Lee Pei Fen dan Lee Wan Yuen merangkul gangsa dalam acara kyorugi wanita pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Girlfriend Baba Ke Mommy Lagi Cantik?” – Soalan Cepumas Sharnaaz Ahmad Pada Jebat Jayden Mencuit Hati Netizen

Bijaknya Fiderman ni!! Geram min 🤪 Kemain lagi kawtim dengan Baba ek Jebat hehehe 🥰🤣

Trending Thu, 28 Jun 2018

Penyokong Kecewa Jerman Kalah Dengan Korea

Apa nak buat…bertabahlah ya penyokong bola sepak pasukan Jerman. Buat pasukan Korea, Good Luck untuk perlawanan seterusnya!

Drama Tue, 19 Aug 2025

Berat Badan Susut 15 Kilogram, Noki Tepis Dakwaan Sakit – “Saya Mahu Bentuk Badan Berotot Bukan Berlemak”

Anggota kumpulan rap popular K-Clique, Noki menafikan dakwaan dirinya sakit selepas dilihat semakin kurus.

Hiburan Sun, 5 Oct 2025

MPO Bawa Penonton Jelajah Dunia Lagenda Menerusi Simfoni Tujuh Watikah

Konsert ini membawa penonton menyusuri perjalanan muzik dan pendidikan yang sarat nilai budaya serta imaginasi.

error: Content is protected !!