Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 3, 2025 @ 3:35pm

Kak KM Sebak Teringat Arwah Bapa Setiap Kali Aidilfitri – “Kami Memang Rapat, Dia Suka Sangat Masakan Saya”

Setiap kali Syawal menjelang, pasti ada yang merindui insan tersayang yang telah pergi, itulah perasaan dirasai oleh usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli apabila mengenangkan bapanya yang telah meninggal dunia pada tahun 2010.

Menurutnya, sejak pemergian arwah, sambutan Aidilfitri buat keluarganya tidak lagi semeriah dahulu.

Meskipun cukup dikenali dengan gaya hidup mewah dan personaliti yang lantang, Kak KM mengakui Aidilfitri di rumahnya kini diraikan secara sederhana.

“Sejak papa tiada, kami dah tak sambut raya secara besar-besaran. Baju pun pakai biasa-biasa saja, tak ada nak beria-ia sangat.

“Sampai sekarang, saya masih rasa terkilan. Kalau lah dia masih ada waktu saya sudah senang macam sekarang, mesti dia bangga dan gembira,” katanya.

Mengimbas kembali kehidupannya sebelum berjaya dalam perniagaan, Kak KM akui dia belum berkemampuan untuk membahagiakan arwah bapanya seperti yang diimpikan.

“Dulu saya belum berniaga, hidup kami sederhana saja. Saya tetap beri duit pada papa, tapi sekadar apa yang ada,” tambahnya.

Sebagai anak yang sangat rapat dengan bapanya, Kak KM menyimpan banyak memori indah bersama arwah.

“Saya memang manja dengan arwah papa. Dari kecil, saya suka tidur atas riba dia, baring atas badan dia. Bila dah besar, dia pula suka sangat dengan masakan saya,” ujarnya.

Namun, Kak KM tidak melupkan kenangan yang paling menyentuh hatinya saat terakhir bersama bapanya sebelum menghembuskan nafas.

“Beberapa hari sebelum dia pergi, dia tinggal dengan saya dan selalu minta saya masak. Dia berselera sangat makan.

“Dua hari sebelum dia meninggal, dia telefon saya. Itu adalah panggilan yang paling saya takkan lupakan?,” katanya.

Lebih menyedihkan, arwah pernah berjanji untuk menjaganya selepas bersalin, tetapi hajat itu tidak kesampaian.

“Dia pernah cakap nak jaga saya masa dalam pantang… tapi Allah lebih sayangkan dia,” akhirnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Feb 2018

BANGUNAN KWSP TERBAKAR!

Anda yang merancang untuk lalu Lebuhraya Persekutuan, kalau boleh elakkan ya buat sementara waktu. Diharapkan semoga tiada yang terperangkap ataupun tercedera.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Rezeki Syawal, Program ‘It’s Alif’ Masuk Musim Kedua

Menarik musim kedua ini, ia berbeza dengan musim pertama yang dibuat secara rakaman, kata pengacara berusia 28 tahun itu, It’s Alif! untuk musim kedua akan dibuat secara langsung.

Hiburan Mon, 27 May 2024
Hiburan Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Lamanya Tak Tengok Lakonan Dia” – Nasha Aziz Bakal Muncul Dalam Drama Terbaru?

Wow!!!Cantiknya Nasha dalam video ni. Tetap letups walaupun dah 50an.

Featured Wed, 16 May 2018

Bintang Bollywood Aishwarya Rai Raih 1.4 Juta Pengikut Di Instagram Dalam Masa 4 Hari!

Akaun milik isteri kepada pelakon Abhishek Bachchan itu kini sudah mencecah 1.4 juta pengikut sejak dibuka empat hari lalu! 

Hiburan Fri, 13 Oct 2023

Sedang Berpantang, Nad Zainal Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga!

Alhamdulillah, congrats Nad Zainal & Ungku Ismail

Hiburan Sat, 25 Nov 2023
Featured Thu, 6 Apr 2023

Isteri Lan Solo Dedah Suami Pernah Terima Payment ‘Ghaib’ – “Janji Lepas Show, Sekali Dapat Cek Tendang!”

Asam garam dalam dunia hiburan? Hmmm.. Dari 2011 katanya tak dapat payment 😣😣

error: Content is protected !!