Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 25, 2022 @ 3:36am

“In Tears From The Start” – Angkat Kisah Ibu & Arwah Bapa Uyaina Arshad, Netizen Sebak Tonton MV Hingga Akhir Waktu

Pengacara Uyaina Arshad dan suaminya, penyanyi Raja Syahiran berkolaborasi untuk menulis sebuah lagu berjudul Hingga Akhir Waktu.

Naskhah yang kini disiarkan di saluran YouTube Uyaina Arshad itu mengangkat kisah ibu dan arwah bapa Uyaina.

“Hingga Akhir Waktu adalah lagu yang ditulis oleh saya bersama Syahiran. Interpretasi lagu Hingga Akhir Waktu ini luas. Bukan sahaja terhadap pasangan, tetapi cinta ibu bapa kepada anak-anak dan sebaliknya.

“Kisah ibu bapa saya diangkat dalam karya ini. Arwah bapa saya, Leftenan Komander Arshad Ibrahim adalah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. Dia meninggal dunia di New Zealand dan ketika itu, usia saya lima tahun.

“Hampir 25 tahun berlalu, ibu saya, Siti Noor Farah tak berkahwin lain dan membesarkan empat orang anak seorang diri. Bagi ibu, erti Hingga Akhir Waktu adalah cinta bersama arwah suami dan kebahagiaan yang dikongsi bersama anak-anak serta cucu-cucunya,” kata Uyaina kepada Xtra.

Menariknya, dalam muzik video Hingga Akhir Waktu, Uyaina melakonkan sendiri watak ibu dan abangnya, Kapten Azameer Uzreem melakonkan watak bapa.

“Saya memegang watak ibu sewaktu muda dan abang kedua saya memegang watak sebagai arwah bapa ketika muda.

“Syukur, semenjak lagu ini dilancarkan, saya menerima respons yang baik. Selain boleh ditonton di YouTube, karya ini boleh didengari di platform penstriman atas talian,” katanya lagi.

Di ruangan komen YouTube, netizen turut sebak apabila menyaksikan muzik video yang terinspirasi daripada kisah ibu dan arwah bapa Uyaina.

Semenjak ia dimuat naik pada 23 Januari lalu, Hingga Akhir Waktu telah meraih lebih 52,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Tarikh 21.12.21, Uyaina Arshad Selamat Bernikah Dengan Raja Syahiran

Terdahulu, Uyaina selamat bernikah dengan Syahiran di Colony Star Boulevard, KLCC pada 21 Disember tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Apr 2023

Puteri Sarah Bakal Fail Pembelaan Tuntutan Nusyuz

Puteri Sarah Liyana bakal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz.

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Semoga Yang Benar Terus Dilindungi” – Bella Astillah Percaya Setiap Ujian Dilalui Syed Saddiq Ada Hikmah

Bella berharap segala urusan membabitkan Saddiq dipermudahkan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi detik penting itu.

Hiburan Tue, 9 Aug 2022
Featured Mon, 9 Mar 2026

“Apa Dia Buat Tak Kena Dari Pembahagian Royalti, Itu Duit Pencen Kami” – Lagu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ Versi AI, Azmeer Tegas Beri Pelajaran Pada Jane In Heaven

Dr Azmeer Abu Bakar tampil menjelaskan mengenai status lagu popular di platform TikTok iaitu,  ‘Cinta Tersimpul Rapi’ yang dibuat menggunakan versi AI (Kecerdasan buatan).

Trending Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Mon, 26 Jun 2023
error: Content is protected !!