Categories: Trending

Akhirnya Safawi Rashid Tinggalkan JDT

Impian anak muda kelahiran Dungun, Terengganu ini bakal menjadi kenyataan apabila beliau turut mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Lebarkan sayap ke Eropah

Tunku Ismail dilihat bersedia melepaskan Safawi Rashid dari kelab itu sebaik sahaja saingan liga berakhir.

Malah, beliau juga turut mengucapkan selamat maju jaya buat penyerang prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT) ini apabila dilihat meninggalkan ucapan itu menerusi ruangan komen di akaun instagram @officialjohor.

Selain itu, Tunku Ismail turut memberikan ‘kredit’ kepada Terengganu yang berjaya melahirkan pemain seperti Safawi dan pada masa sama JDT mengubahnya menjadi seorang bintang.

“Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a Superstar. Juara liga, juara Piala FA, Juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat Kelab Juara-Juara Asia,” Katanya.

Terdahulu, kehebatan Safawi terus mendapat perhatian kelab luar negara apabila dikhabarkan menerima tawaran dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

Menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini pernah dikhabarkan dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Apapun, www.xtra.com.my mengucapkan selamat maju jaya, Safawi!

Sumber : BH Online, Harian Metro

Salma Syahbuddin