Categories: Trending

Status PKPP Bakal Diumum Minggu Ini – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri akan mengumumkan sama ada PKPP disambung atau sebaliknya.

Beliau dijangka membuat pengumuman mengenai status PKPP yang dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan mengesyorkan PKPP dilanjutkan sehingga jangkitan Covid-19 di negara ini terkawal.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Salma Syahbuddin