Categories: Trending

MKN Benarkan Pelajar Pakai Pelindung Muka Sahaja

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran akan diberikan kepada pelajar atau kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah.

Kebenaran memakai pelindung muka ketika ke sekolah dan tidak perlu memakai pelitup muka pakai buang ini bertujuan mengurangkan beban keluarga pelajar miskin yang memiliki bilangan anak yang ramai dan masih bersekolah.

Pemakaian pelindung /pelitup muka digalakkan

Keputusan itu dibuat ketika Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai PKPP dan telah dipersetujui oleh pihak KKM.

Bagaimanapun, penggunaan pelindung muka dan pelitup muka amatlah digalakkan.

” Namun, kalau tiada pelitup muka, ada pelindung muka sahaja pun sudah boleh dianggap pelindung kepada kesihatan diri sendiri,” Katanya.

Kos pembelian pelitup muka membebankan

Kelonggaran yang diberikan ini adalah kerana memikirkan kos pembelian pelitup muka pakai buang yang dianggap membebankan keluarga pelajar miskin.

Dan, ini sekaligus dapat memberi sedikit ruang serta kelonggaran kepada pelajar miskin sebab saya difahamkan harga pelindung muka adalah lebih kurang RM3 hingga RM5 sekeping dan boleh diguna berbulan-bulan.

Bagaimanapun, beliau turut memaklumkan KKM perlu mengeluarkan garis panduan mengenai langkah untuk membersih dan mencuci pelindung muka bagi memastikan ianya selamat digunakan untuk jangka masa lama.

Salma Syahbuddin