Categories: Trending

Aktiviti Pawagam, Teater, ‘Live event’ Dibenarkan Bermula 1 Julai Tetapi….

Berita baik untuk kita semua!

Menrusi Sidang Media Harian MKN yang baru sahaja berlangsung tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Dr Ismail Sabri mengumumkan bahawa negara Malaysia bakal membenarkan semula pembukaan pawagam dan beberapa live event seperti teater, nyanyian dan sebagainya.

Kebenaran ini bakal berkuatkuasa bermula 1 Julai ini. Namun, ada syaratnya tau. Aktiviti seperti ini hanya boleh dijalankan di dewan tertutup dengan SOP yang ketat.

Hanya 250 orang sahaja yang dibenarkan berada dalam dewan dalam satu tempoh masa yang sama. Namun, jumlah ini tertakluk kepada keluasan dewan tersebut.

Ikuti info lanjut menerusi video di bawah ini.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover