Categories: Trending

Alahai…Budak Sekolah Pun Dah Pandai Vape Ke?

Mungkin fenomena penggunaan stick vape kini sedang ‘in’. Tak hairanlah kalau kita lihat sana sini anak muda memegang stick kecil sebagai pengganti rokok,

Penggunaan stick vape juga dilihat bukan sahaja menjadi kegilaan orang dewasa malah di peringkat kanak-kanak juga ada yang berani mencuba.

Menerusi laman Facebook seorang netizen menggunakan nama akaun Fahmi Hassan, dia berkongsi pengalaman 

“Saya rasa ini bukan isu terpencil. Banyak kali kawan-kawan saya cerita yang di sekolah anak-anak mereka, ramai pelajar ditangkap kerana menghisap vape. Tolonglah!

“Kalau anda hisap vape atau jual vape, tolonglah jangan promosikan di media sosial. Lebih-lebih lagi kalau anda orang yang terkenal,” sarannya.

Tambahnya, dia tidak melihat amalan ini sebagai suatu tindakan yang ‘cool’.

“Vape ni tak kool pun. Ia sama sahaja dengan rokok. Cuma tak busuk sahaja.

“Tolonglah jangan biar generasi baru ini fikir yang vape adalah ok.

“Anda nak rosakkan diri, silakan. Jangan pengaruhi anak-anak kecil ini. Tolonglah… saya merayu!,”tulisnya.

Fahmi juga mengingatkan agar para selebriti tidak mempromosikan alat ini kerana ia bakal mempengaruhi minda kanak-kanak.

“Ada seorang pelawak terkenal yang saya follow di instagram. Beberapa hari lepas dia upload video sambil hisap vape. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut.

“Ada juga artis yang selalu promosi vape di media sosial. Promosi dan sertai konvensyen vape di seluruh negara. Mungkin puaslah hati mereka bila nampak gambar ini,”akhirinya.

Kesimpulannya, pastikan anak anda sentiasa dipantau agar kejadian sebegini tidak berlaku lagi okay? 

SGMS Faida