Categories: Trending

ALAMAK! Wanita Ini Cuba Terjun Jambatan Selepas Dapat Tahu Suami Curang Tapi…

Mungkin terlalu tertekan dengan sikap suami yang berhutang dan curang, wanita ini nekad untuk terjun Jambatan Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.40 tengah malam tadi menarik perhatian orang awam yang curiga dengan keadaan itu.

Wanita berusia 34 tahun itu cuba terjun dari atas jambatan namun berjaya dihalang pihak berkuasa.

Orang awam yang curiga dengan aksi wanita berkenaan kemudian bertindak menghubungi bomba dan pihak berkuasa lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memberitahu pihaknya cuba memujuk wanita berkenaan untuk tidak bertindak terjun daripada jambatan sebelum dia cuba untuk melarikan diri.

“Wanita berkenaan dipercayai berada dalam keadaan tekanan dan kurang waras,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan bersama empat anaknya menaiki sebuah kereta jenis Proton Exora dari arah Prai ke Georgetown sebelum berhenti di Kilometer 1.0 jambatan itu.

Bagaimanapun, suaminya berjaya memujuk isterinya sebelum mereka dibawa ke balai polis berhampiran bersama empat anak mereka. – BH Online.

SGMS Faida