Categories: Trending

Alif Satar & Daiyan Trisha Hos Baharu Muzik Muzik 36

Selebriti serba boleh, Alif Satar dan penyanyi serta pelakon Daiyan Trisha kini mengemudi program hiburan popular, Muzik Muzik 36.

Alif dan Daiyan menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang sebelum ini mengemudi Muzik Muzik 33, 34 dan 35.

Penampilan Alif dan Daiyan sebagai pengacara menggantikan Sherry dan Haziq bermula dalam episod Muzik Muzik 36 yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Menariknya, Muzik Muzik 36 juga memperkenalkan resident live band, The Locos yang akan bersama di dalam setiap episod.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Muzik Muzik 36 pada setiap Isnin, 11 malam di TV3!

Undi lagu kegemaran untuk berada di dalam Carta Muzik Muzik 36 di www.xtra.com.my/muzikmuzik bermula Selasa hingga Jumaat, 12 tengah hari setiap minggu untuk peluang bertanding di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir dan seterusnya pentas Anugerah Juara Lagu 36.

Padin