Categories: Trending

Setahun Bercerai, Farawahida Selamat Bernikah Dengan Pegawai Kerajaan Di Hari Lahir Ke-36

Selepas setahun bercerai dengan bekas suami, penyanyi Farawahida Razali selamat bernikah dengan lelaki pilihan hatinya, Zulkifli Alias pada 19 Mac lalu.

Farawahida diijabkabulkan dengan Zulkifli yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping.

“Suami saya bergelar duda kepada tiga anak. Kami sebaya. Dia berasal dari Melaka. Saya mengabadikan peningkatan usia 36 tahun pada 19 Mac lalu sebagai hari pernikahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

“Ikutkan perancangan awal nak bernikah selepas musim raya nanti sekitar bulan Ogos depan. Tapi ia dipercepatkan bulan ini. Selepas bernikah di masjid sebelah siangnya, kami adakan resepsi mengundang 100 orang tetamu waktu malam,” katanya.

Sehari sebelum bernikah, pasangan berkenaan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sekali gus berlangsung majlis merisik pada sebelah malam di rumah Inap, D’Studio Homestay Changkat Jering.

Pada majlis pertunangan itu Farawahida menerima dua bentuk cincin tanda bagi merisik dan bertunang selain lima dulang hantaran berbalas tujuh

Manakala pada hari pernikahan, mas kahwin yang diterima pengantin perempuan berbentuk senaskah Al-Quran.

Sebelum ini, Farawahida pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013.

“Saya anggap kisah perkahwinan dulu itu sudah tak perlu diungkit lagi. Tak ada jodoh antara saya dan bekas suami. Sebenarnya, kami sudah berpisah secara baik sejak setahun lalu,” katanya.

Padin