Categories: Trending

“Siapa Kata Saya Nak Berlakon Jadi Cantik Je?” – Che Ta Akui Terkilan Dengan Pengarah

Selepas hampir 15 tahun bergelar pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui terkilan apabila ada pengarah yang meminta sebuah produksi menggugurkan namanya hanya kerana tidak yakin dia boleh tampak ‘buruk’ sebagai pelakon.

Che Ta bagaimanapun pernah tiga kali membuktikan dirinya tidak hanya bersandarkan keselesaan ingin sentiasa cantik di dalam skrin televisyen semata-mata.

Sebelum ini, menerusi watak Halimah dalam telefilem Dosa Siapa arahan Murali Abdullah yang disiarkan sekitar tahun 2011, Che Ta tak kisah tidak bersolek dan menjadi pengemis.

“Watak Halimah itu juga pernah melayakkan saya menjadi calon top 5, Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin suatu ketika dulu. Sebelum itu juga, saya pernah berlakon sebuah telefilem dengan Fauzi Nawawi. Judulnya saya sudah tak ingat. Tapi saya dilacurkan suami dalam telefilem itu dan kemudian menghidap AIDS.

“Terbaru saya disolek buruk dan jadi tua dalam telefilem My Future Husband yang disiarkan baru baru ini terbitan Zeel Production. Mira Filzah dan Amy Mastura pun turut berlakon,” katanya.

Menginjak ke usia 48 tahun pada 9 Mac lalu, Che Ta menafikan dia hanya menerima watak ‘control’ cantik atau disolek tebal semata mata.

“Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan ini, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak.

“Siapa kata saya nak berlakon jadi cantik saja?” katanya.

Mengenai insiden membabitkan seorang pengarah itu, Che Ta tidak mahu ambil pusing.

“Jujur saya agak terkejut apabila diberitahu seorang pengarah tak mahu saya berlakon di bawah arahannya.

“Mungkin selama ini, dia hanya nampak saya di Instagram barang kali. Tak apalah, saya berserah dalam soal rezeki. Kalau ada… adalah,” katanya lagi.

Tegas Che Ta lagi, dia perlu sentiasa cantik sebagai memenuhi keperluan kerja dan tanggungjawabnya mempromosikan sesebuah produk.

Padin