Categories: Trending

“Paling Penting, Bukan Suami Orang!” – 15 Tahun ‘Single’, Mas Idayu Akui Mahu Kahwin Lagi

Walaupun sering dikaitkan dengan imej garang ketika menjadi juri dalam sesebuah program televisyen, pemilik nama Masidayu Mesnun, 49, ini mengakui status ibu tunggal yang dipegang selama 15 tahun tidak pernah sesekali menutup terus pintu hatinya untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Namun begitu, bekas juri Lagu Cinta Kita 2 ini mengakui masih belum mempunyai calon suami yang sesuai.

 

“Berbelas tahun hidup solo tanpa teman hidup, tahun lepas hati saya terbuka untuk mempunyai  seseorang yang akan menemani saya pada hari tua…tapi buat masa ini sejujurnya saya masih belum jumpa… Tak tahulah siapa bakal jodoh saya”

“Yang paling penting, dia bukan suami orang!”

Memetik laporan dari Mstar,  pelantun Robek Hatiku ini tidak bagaimanapun tidak terlalu berharap soal jodoh beliau dan menyerahkan segalanya kepada yang maha berkuasa. Dan apa yang paling penting, sekiranya ditakdirkan berjumpa jodoh yang sesuai, harapnya ia bukanlah suami orang.

 

“Bukan senang nak memilih lelaki untuk dijadikan suami, banyak yang kena pertimbangkan. Latar belakang saya tak kisah yang penting ada keserasian, memahami dan bukan suami orang!”

Sumber : Insatgram @masidayu1001

 

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini, Mas Idayu kini sedang sibuk di set penggambaran sebuah drama arahan Suhaimi Lua yang turut dibintangi pelakon popular seperti, Ziana Zain, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.

 

Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Dayini Ashiqah yang kini berusia 23 tahun.

Salma Syahbuddin