Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 23, 2021 @ 5:07am

Alif Satar & Daiyan Trisha Hos Baharu Muzik Muzik 36

Selebriti serba boleh, Alif Satar dan penyanyi serta pelakon Daiyan Trisha kini mengemudi program hiburan popular, Muzik Muzik 36.

Alif dan Daiyan menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang sebelum ini mengemudi Muzik Muzik 33, 34 dan 35.

Penampilan Alif dan Daiyan sebagai pengacara menggantikan Sherry dan Haziq bermula dalam episod Muzik Muzik 36 yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Menariknya, Muzik Muzik 36 juga memperkenalkan resident live band, The Locos yang akan bersama di dalam setiap episod.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Muzik Muzik 36 pada setiap Isnin, 11 malam di TV3!

Undi lagu kegemaran untuk berada di dalam Carta Muzik Muzik 36 di www.xtra.com.my/muzikmuzik bermula Selasa hingga Jumaat, 12 tengah hari setiap minggu untuk peluang bertanding di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir dan seterusnya pentas Anugerah Juara Lagu 36.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Aug 2022

Duet Spontan Aishah Bersama M.Nasir Buat Ramai Meremang

Vokal penyanyi Datuk Aishah Ariffin memang tak dapat disangkal lagi. Terbaharu, Aishah dilihat sedang menyanyi di sebuah majlis perkahwinan. Apa yang menarik perhatian ialah Aishah dijemput menyanyi bersama Datuk M.Nasir. Dalam video yang dimuat naik […]

Featured Fri, 10 Jan 2025

“Tergamak Korang” – Netizen Terhibur, Dakwa Muka Sharifah Sakinah Persis Isteri Fizi Ali

Ramai yang tersilap menghantar DM disebabkan raut wajah mereka serupa.

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
#tilljannah Sat, 7 Jan 2023

[VIDEO] Mengaku ‘Confess’ Dulu Dekat Syamel, Ramai Ingin Jadi Berani Macam Ernie Zakri

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di platform TikTok yang memaparkan penyanyi Ernie Zakri mengaku menjadi orang pertama meluahkan perasaan terhadap suaminya, Syamel. Menurut Ernie, dia menghubungi Syamel dan meluahkan perasaannya. Walaubagaimanapun, setelah meluahkan perasaan, Ernie […]

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Bekpes Hot FC vs Perlis Old School Team Meriah, Aksi Sengit Berakhir Penentuan Penalti

Perlawanan persahabatan antara Bekpes Hot FC dan Perlis Old School Team berlangsung meriah di Stadium Tuanku Syed Putra, Kompleks Sukan Negeri Perlis!

error: Content is protected !!