Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 14, 2026 @ 5:47am

Bekpes Hot FC vs Perlis Old School Team Meriah, Aksi Sengit Berakhir Penentuan Penalti

Perlawanan persahabatan antara Bekpes Hot FC dan Perlis Old School Team berlangsung meriah di Stadium Tuanku Syed Putra, Kompleks Sukan Negeri Perlis, malam kelmarin, bersempena jelajah Bekpes Hot Perlis Tour.

Acara yang bermula seawal jam 8 malam dengan sepak mula pada jam 9 malam itu berjaya menarik kehadiran peminat bola sepak, pendengar setia Hot FM serta masyarakat setempat dalam suasana santai dan penuh hiburan.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis. Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah bersama isteri serta barisan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Rus’sele Eizan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Noor Azman Abdul Rahman.

Selain itu, barisan pengurusan tertinggi Media Prima Audio turut memeriahkan acara yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Nazri Noran, bersama Pengarah Jualan Media Prima Omnia, Sharifah Omar serta Ketua Wilayah Media Prima Omnia, Zulkifle Ali.

Perlawanan ini menyaksikan gabungan menarik personaliti Hot FM seperti Johan, Fara Fauzana dan A.G yang turun ke padang bersama selebriti terkenal antaranya Atu Zero, Aidil Aziz, Mamak Puteh, Yonnyboi dan Bidin Waknat, sekali gus mencetuskan suasana penuh tenaga dan menghiburkan.

Aksi semakin menarik dengan penyertaan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan negeri seperti Zaquan Adha, Khalid Jamlus, Azidan Sarudin dan Amri Yahyah yang beraksi di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil, bekas jurulatih Negeri Sembilan FC.

Lebih mencuri perhatian, acara ini turut membuka peluang kepada peminat setia Hot FM untuk merasai pengalaman bermain di padang apabila pemenang peraduan khas dipilih untuk beraksi bersama barisan pemain lain, sekali gus menjadikan acara ini lebih dekat dengan komuniti.

Keputusan perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 sebelum ditentukan menerusi sepakan penalti. Perlis Old School Team akhirnya muncul pemenang dengan keputusan 4-1 dalam aksi yang berlangsung sengit dan dipenuhi momen menarik.

Menurut Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil, perlawanan ini bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya menjadi platform untuk menyatukan peminat bola sepak yang merindui aksi pemain legenda negara.

“Perlawanan ini bukan hanya untuk hiburan semata-mata, tetapi melalui Bekpes Hot FC, kami dapat menghimpunkan peminat bola sepak yang sudah lama merindui aksi pemain-pemain lama yang pernah mencipta nama dalam arena bola sepak negara,” katanya.

Perlawanan persahabatan ini merupakan hasil kerjasama antara Hot FM dan Majlis Sukan Negeri Perlis serta dianjurkan sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan 25 Tahun DYMM Raja Perlis.

Penganjuran ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan strategik antara Hot FM dan kerajaan negeri, malah berjaya mendekatkan stesen radio itu dengan masyarakat setempat, peminat bola sepak dan peminat selebriti dalam satu platform yang santai, inklusif dan penuh semangat kesukanan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Ajak Shiro pula ditahan!

Kemasukan pelawak dan pengacara Melodi, Ajak Shiro ke dalam wad malam tadi menjadikan empat orang artis  selepas Saleem, Bob Lokman dan Aishah yang dilaporkan xtra.com. ditahan di hospital dalam tempoh dua minggu. Ajak atau nama […]

Trending Fri, 18 Feb 2022

#RoadToAJL36 – Sering Sertai AJL, Tapi Tak Ada Rezeki Menang… Ada Yang Sampai 7 Kali Join!

Bahang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) semakin dirasakan! 12 lagu yang bertanding pada 6 Mac 2022 ini bakal merebut gelaran juara dan pastinya ramai yang tak sabar menantikan anugerah muzik tahunan yang berprestij ini! […]

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Lizzy Mahu Zul Ariffin?

Polis Entry sudah meraih 3.5 juta tontonan di Youtube. Wow!

#tilljannah Sat, 7 Jan 2023

[VIDEO] Mengaku ‘Confess’ Dulu Dekat Syamel, Ramai Ingin Jadi Berani Macam Ernie Zakri

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di platform TikTok yang memaparkan penyanyi Ernie Zakri mengaku menjadi orang pertama meluahkan perasaan terhadap suaminya, Syamel. Menurut Ernie, dia menghubungi Syamel dan meluahkan perasaannya. Walaubagaimanapun, setelah meluahkan perasaan, Ernie […]

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Looking For The Tips To Buy A House? Catch This New TV Series ‘Misi Rumah Impian’ On TV3

Looking for the ultimate 101 guide on buying a house? Watch this!

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Featured Mon, 6 Jan 2025

Mahu Jadi Lebih Positif, Tindakan Janna Nick Lawat Sahabat Baru Bersalin Menyentuh Hati – “Sebaknya! Moga Ada Rezeki Nanti”

Janna menitipkan doa agar semua pejuang dua garis biru pada tahun ini dikurniakan rezeki

error: Content is protected !!