Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 6, 2021 @ 5:59am

Raihan, Rabbani & Inteam Buat Persembahan Secara Maya, COVID-19 Bukan Penghalang Nasyid Ke Persada Antarabangsa

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia tidak menjadi penghalang kepada kumpulan-kumpulan nasyid dari Malaysia untuk terus mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini kumpulan Raihan, Rabbani dan Inteam telah dijemput mengadakan persembahan di atas talian untuk sebuah acara tahunan yang dianjurkan di Toronto, Kanada iaitu Reviving Islamic Spirit Covention atau ringkasnya RIS.

Azadan dari kumpulan Rabbani ketika ditemuramah berkata, semua yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.

“Alhamdulillah, hikmah yang baik dari wabak kali ini ialah kami berpeluang mengadakan persembahan di luar negara secara atas talian tanpa perlu meninggalkan keluarga untuk tempoh perjalanan ke luar negara yang lama dan pastinya memenatkan.

“Walaupun tidak dapat ke Kanada, namun mesej dakwah yang kami cuba bawa melalui lagu-lagu nasyid kami masih tetap dapat disebarkan bukan sahaja kepada penonton di Kanada, bahkan seluruh dunia yang menyertai konvensyen secara maya ini,” katanya.

Manakala Hazamin dari kumpulan Inteam pula bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh pihak antarabangsa.

“Alhamdulillah, kami akan terus membakar semangat agar terus mengikut jejak langkah abang-abang kami dari Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers untuk terus melebarkan sayap dakwah ke seluruh dunia melalui nasyid.

“Kami bersyukur kerana kali ini kami diberi kepercayaan oleh penganjur antarabangsa RIS ini untuk kami menguruskan rakaman kandungan dan pengurusan artis bagi segmen persembahan Artis Malaysia di dalam acara berprestij seperti RIS Convention ini,” tambahnya.

Manakala wakil kumpulan Raihan, Che Amran pula menyambut baik aturan norma baharu yang diamalkan seluruh dunia.

“Alhamdulillah, dari pengalaman kami mengembara ke serata dunia menyampaikan nasyid, kami lihat nasyid Malaysia sangat diterima di peringkat antarabangsa dan kali ini kami berpeluang pula meneruskan persembahan luar negara melalui persembahan norma baharu secara atas talian.

“Saya merasakan, inilah masanya yang sangat sesuai untuk pihak kerajaan Malaysia membantu dan menyokong kumpulan-kumpulan Nasyid membawa nama Malaysia dan menjenamakan Nasyid Malaysia di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Persembahan Raihan, Rabbani dan Inteam telah ditayangkan secara langsung melalui laman sesawang RISConvention.com baru-baru ini pada 27 Disember lalu dan dapat ditonton oleh peserta-peserta konvensyen tersebut yang membayar tiket bernilai 25 dolar dari seluruh dunia.

Mereka telah menyampaikan lagu-lagu antaranya Thank You Allah, Allahu, Ahmad Ya Habibi, Maulana, Qamarun, Salamun Salam, Tola’al Badru dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jan 2024

Fathia Latiff ‘Spill The Tea’… Dakwa Suami Heliza Helmi Kaki Scammer?

Alamak, satu demi satu dia petik ek. Awas!🔥🔥🔥

Trending Tue, 2 Feb 2021
Featured Wed, 10 Dec 2025

“3 Tahun Yang Bukan Mudah Untuk Aku & Ameena” – Shakilla Khoriri Kongsi Momen Graduasi Anak, Luah Pengorbanan Seorang Ibu

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa sebak dan bangga apabila anaknya, Ameena Sofia, akhirnya menamatkan tempoh tiga tahun awal pendidikannya.

Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Tue, 29 Oct 2024

Tak Baca Komen Kecaman Busana Miss Universe Malaysia 2024, Ezuwan Ismail Terus Optimis Beri Hasil Kerja Terbaik

Ezuwan Ismail tak baca komen buruk mengenai busana rekaannya untuk Sandra Lim, Miss Universe Malaysia 2024.

Featured Thu, 8 May 2025

Jawapan Bakal Terbongkar! 4 Juta Penonton Dijangka Saksikan Episod Akhir ‘Keluarga Itu’

Keluarga Itu antara drama karya tempatan paling berpengaruh tahun ini.

error: Content is protected !!