Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 29, 2024 @ 12:56am

Tak Baca Komen Kecaman Busana Miss Universe Malaysia 2024, Ezuwan Ismail Terus Optimis Beri Hasil Kerja Terbaik

Pereka fesyen tersohor, Ezuwan Ismail memilih untuk mengenrahkan serta tidak membaca komen kecaman mengenai busana yang rekaannya untuk wakil Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73, Sandra Lim, 23.

Menurut Ezuwan yang dikenali dengan nama Tukang Jahit Termahir Malaysia, apa yang penting adalah Sandra gembira dengan penghasilan busana berkenaan.

Anak kelahiran Kelantan ini juga rasa bertuah apabila diberi kepercayaan oleh Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) untuk mereka tiga persalinan terbabit dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Saya memang cuba elak daripada membaca komen tak baik kerana itu hanya akan mengganggu fokus kerja. Walau kadang-kadang, bila kita buka media soaial, pasti akan terbaca juga.

“Memang ‘wow’ kecaman yang diterima misalnya di TikTok, kalau baca boleh buat kita pitam. Tapi tidak mengapalah sebab pada saya itu pendapat dan penerimaan masing-masing.

“Apa yang penting bagi saya, bila semua baju itu siap, Sandra gembira dan berkeyakinan untuk membawa nama negara ke pentas dunia. Saya hanya nak dia suka dan gembira saja.

“Sebab dia yang akan pakai dan semestinya mahu apa yang dirasakan selesa bila berjalan di atas pentas nanti. Kami pun saling berbincang untuk hasil yang terbaik,” katanya.

Ezuwan yang sinonim menjadi pilihan selebriti popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Aina Abdul ini turut berkongsi mengenai ‘gaun rahsia’ (secret gown).

“Ramai yang tak tahu sebenarnya ada baju ketiga iaitu ‘gaun rahsia’ yang akan dipakai Sandra. Sebab untuk segmen itu, Sandra akan berjalan seorang diri sambil diperkenalkan.

“Itulah yang akan jadi tumpuan dan fokus semua ratu bertanding. Jadi sudah tentu rekaan untuk ‘gaun rahsia’ ini kejutannya akan lebih besar. Proses penghasilannya juga rumit terutamanya dari segi potongan badan (cutting).

“Kalau boleh memang nak ia seolah-olah ‘melekat’ pada badan, sempurna terletak. Perincian manik memang sudah jadi ‘signature’ bagi dengan jenama Ezuwan Ismail, cuma kali ini ia tidak sama dengan apa yang pernah kami hasilkan,” katanya lagi.

Bagi ketiga-tiga busana tersebut, Ezuwan menjelaskan kos penghasilan mencecah lebih RM150,000.

Ditanya sama ada kritikan akan membataskan dirinya untuk terus berkarya, Ezuwan optimis untuk terus menghasilkan rekaan yang berkualiti.

“Saya tak serik untuk terus berkarya sebab saya bukan seorang yang mudah mengalah. Cuma bila teirma banyak kritikan atau pun pujian, itulah yang menjadi penguat semangat kita.

“Kalau tak ada itu semua, saya tidak akan berada pada tahap sekarang. Pujian itu satu bonus, kritikan pula kita ambil sebagai teguran yang membina,” katanya lagi.

Edisi malam kemuncak Miss Universe ke-73 akan dilangsungkan di Mexico City, Mexico, pada 16 November 2024 (17 November 2024 waktu Malaysia).

Kredit foto & video: Instagram rasmi Miss Universe Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Jun 2023
Trending Wed, 18 Dec 2024

Pempengaruh Bulan Terima Cemuhan Gara-Gara Imej S*ksi – “Saya Hanya Jual Kopi, Bukan Jual Tub*h!”

Bulan mendedahkan pernah menerima mesej berbaur lucah susulan imejnya yang seksi.

Hiburan Fri, 21 Mar 2025

Rosyam Nor Larang Isteri, Anak-Anak & Cucu Tonton Drama Keluarga Itu – “Saya Masih Ada Rasa Malu…”

Rosyam Nor sampai sekarang belum tonton drama lakonannya, Keluarga Itu

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Inilah Rahsia Kecantikan Sajat!

Untuk episod seterusnya, penonton jangan lupa menyaksikan Nur Sajat Rated Xtra kerana, dengar cerita Sajat nak bawa kita semua ke sesi photoshoot beliau. Agaknya, apa pula drama Sajat kali ni ye?

Featured Thu, 16 Feb 2023
Trending Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Demi Kugiran Masdo, Kami Sanggup…

Saya dan Ali mengaku tidak boleh membuat dua kerja serentak di mana kedua-duanya memerlukan komitmen besar.

Hiburan Thu, 26 Jun 2025
error: Content is protected !!