Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 1, 2022 @ 6:53pm

Azzam Sham Selamat Bernikah Dengan Sheryl Shazwanie

Dengan sekali lafaz, penyanyi Azzam Sham, 25, selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheryl Shazwanie, 25, tepat jam 10 pagi tadi.

Memilih tarikh tahun baru untuk mengakhiri zamab bujang, majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Ketika dihubungi oleh Harian Metro, Azzam memohon maaf kerana tidak berkongsi perkara itu bagi memenuhi permintaan kedua belah keluarga.

“Sebenarnya majlis pernikahan sudah rancang lama. Tarikh hari ini pun dipilih dan dipersetujui kedua belah keluarga, malah mereka juga minta kalau boleh tidak dihebahkan sebab majlis hari ini hanya membabitkan keluarga saja,” katanya.

Pada majlis itu, Azzam menyerahkan mas kahwin RM300 berserta wang hantaran RM12,000.

Pasangan ini menjalin persahabatan semenjak enam tahun lalu tetapi mula menjalin hubungan pada tahun 2019 dan bertunang pada 30 September tahun lalu.

Sumber: Harian Metro
Kredit foto: Faridsm Production

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Nov 2018

Wanita Nepal Ini Mula Jadi Sebutan Penduduk Dunia, Siapa Gerangan Si Dia?

Cantik betul kan? Tak hairanlah dia digelar ‘Bidadari Dari Syurga’. Ye tak?

Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Trending Wed, 23 Dec 2020
Trending Sat, 21 Jul 2018

Wow! Kontroversi Tak Halang Anak Suharto Cuba Nasib

Dia yang dikenali sebagai lelaki gemar berfoya-foya dan peminat kereta mewah pernah menjalani empat tahun daripada 15 tahun hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya kerana mengupah pembunuh upahan untuk membunuh hakim yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya atas kesalahan rasuah.

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Aizat Sedih beraya tanpa Arwah.

Tidak mahu bersedih meraikan 1 Syawal selepas kehilangan bapa tersayang pada 9 Januari lalu, Aizat dan keluarga membuat keputusan menyambut hari mulia itu di Kota Kinabalu, Sabah.

error: Content is protected !!