Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 21, 2018 @ 3:39am

Wow! Kontroversi Tak Halang Anak Suharto Cuba Nasib

Biarpun berdepan dengan beberapa kontroversi di republiknya, Tommy Suharto yang merupakan anak bongsu bekas presiden Indonesia, Suharto bakal bertanding merebut kerusi parlimen.

Hal ini disahkan oleh wakil parti politiknya sendiri. Sebelum ini, Tommy didakwa bersalah kerana mengarahkan pembunuhan ke atas hakim mahkamah tinggi akan

Tommy Suharto, 56, mahu mewakili wilayah Papua yang pernah berada di bawah pemerintahan bapanya ketika digabungkan dengan Republik Indonesia menerusi referendum disokong PBB yang didakwa sebagai palsu pada akhir 1960-an.

Sejak itu, Papua yang terletak di bahagian barat New Guinea berdepan dengan pemberontakan yang menuntut kemerdekaan daripada Jakarta.

Menurut pegawai kanan parti Berkarya, Tommy mahu bertanding dalam pemilihan pada April depan di bawah parti terbabit.

“Ia adalah permintaan penduduk Papua dan beliau sendiri mahu mewakili mereka,” kata Badaruddin Andi Picunang.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan keluarga Suharto membayar semula ratusan juta dolar yang digelapkan daripada yayasan biasiswa.

Dalam kes berasingan, Tommy turut disabit bersalah dengan kes rasuah.

Dia yang dikenali sebagai lelaki gemar berfoya-foya dan peminat kereta mewah pernah menjalani empat tahun daripada 15 tahun hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya kerana mengupah pembunuh upahan untuk membunuh hakim yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya atas kesalahan rasuah. – Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Terpalit Dakwaan Bercinta Dengan Selebriti Indonesia, Ini Respons Nadia Annuar 

Nadia Annuar tepis dakwaan bercinta dengan jejaka Indonesia

Featured Mon, 18 Apr 2022
Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Mon, 15 Aug 2022
Trending Wed, 11 Jul 2018

Man in Trouble for Posting Mocking Photo of Najib

We still can’t post such nasty remarks.

Featured Wed, 25 Feb 2026

“Aku Masih Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama” – Hantaran Elyana Undang Sebak, Kini Aktif Jalani Rawatan Kemoterapi

Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata seolah-olah itu adalah luahan hatinya.

error: Content is protected !!