Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 5, 2022 @ 11:40am

“Memang Wajib Kena Post Gambar Bahagia Selalu”- Perkahwinan Didakwa Goyah, Noor Nabila Kongsi Foto Dengan Suami Sempena Birthday

Selepas didakwa sudah bercerai kerana bertindak memadam gambar suami di akaun Instagramnya, kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila akhirnya berkongsi momen manis bersama suaminya, Engku Emran ketika sambutan hari ulang tahun kelahirannya pada Ahad.

Noor Nabila dilihat berkongsi gambar tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya.

Walaupun hantaran gambar tersebut tidak disertakan dengan sebarang kapsyen namun, kedua-duanya kelihatan mesra dan bahagia.

Selain Nabila, ahli keluarga yang lain juga turut berkongsi beberapa momen manis pasangan ini meraikan sambutan ulang tahun tersebut.

Malah, Engku Emran juga dilihat memeluk erat Nabila sebelum acara memotong kek dijalankan.

Sementara itu, bekas suami Nabila yang juga pelakon popular, Sharnaaz Ahmad turut berkongsi hantaran berupa video pendek berserta kapsyen penghargaan buat Nabila di akaun Instagram miliknya.

 

Rata-rata warganet yang melihat perkongsian Nabila ini merasa lega kerana desas desus mengenai pergolakan rumah tangganya bersama Engku Emran akhirnya terjawab.

Bahkan, ada yang sempat meninggalkan komen memuji tindakan Nabila yang tidak terlalu mendedahkan hubungannya bersama suami kepada umum sepertimana yang dilakukan oleh artis-artis lain.

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Jun 2019

莫文蔚狮城开个唱!巡演确定 11 月抵马

莫文蔚《绝色》巡演确定11月将来到马来西亚!

Featured Mon, 10 Jul 2023
Eat Travel Sun, 26 Apr 2020
Events Thu, 4 Apr 2019

Here’s Where You Can Purchase Tickets to Westlife’s Tour Stop in Kuala Lumpur

They’re coming in August and people have been raving about it!

Eat Travel Thu, 21 May 2020
Hiburan Fri, 2 Jun 2023
error: Content is protected !!