Aliran ‘raksasa api lebur’ terus memecah belahan hutan dan kawasan perairan di bumi Hawaii! Lahar yang dimuntahkan dari gunung berapi Kilauea dilaporkan semakin meningkat.
Bayangkan, bot-bot yang berada di kawasan perairan berdekatan kini berdepan risiko kerana bongkah-bongkah batu panas turut tercampak keluar secara rawak dan tidak diduga. Hari ini, letusan Kilauea memasuki hari ke 19 namun situasi tidak menunjukkan ia bakal reda.
Menurut agensi pertahanan awam Hawaii, lahar dilaporkan mengalir mendekati sebuah loji kuasa geoterma.
Para pekerja di loji geoterma itu, yang membekalkan sekitar 25 peratus bekalan elektrik di Big Island, bertungkus-lumus mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya lahar melepasi bahagian sensitif fasiliti itu hingga menghasilkan pencemaran toksik seterusnya.
Sekurang-kurangnya 47 kediaman dan struktur binaan lain musnah di kejiranan Leilani Estates dan Lanipuna Gardens. Seorang lelaki dilaporkan cedera parah pada Sabtu kerana terkena percikan lahar.
Kira-kira 2,000 orang sudah dipindahkan, dan ramai lagi meninggalkan kediaman masing-masing secara sukarela.
Sumber: Agensi
Betul apa kata Betty! Selalunya memang macam tu lah jadinya🤧
Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧
Alamak, tiber nama Nora Danish pula yang dipetik ekkk
Kali ni adik pulak muncul back up kakak. Tapi yang paling min fokus lagu background…
Min doa Irma Hasmie terus tabah 🥹🥹