Categories: Trending

Ambil Masa 35 Minit Kalahkan Pasukan Lawan, Aksi Garang Lee Zii Jia Paling Ditunggu-Tunggu

Pastinya barisan skuad badminton negara antara yang paling mencuri perhatian rata-rata rakyat Malaysia semenjak semalam dimana, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan Brice Leverdez di Musashino Forest Sport Plaza pada Rabu.

Hanya mengambil masa 35 minit untuk menewaskan lawannya dengan catatan kemenangan 21-17, 21-5, nama Lee Zii Jia juga antara yang trending di laman Twitter.

 

Kejayaan Zii Jia ini sekaligus melepasi peringkat kumpulan dan meletakkan beliau sebagai salah satu harapan untuk skuad badminton meraih pingat di Tokyo selain pasangan badminton beregu Aaron Chia-Soh dan Wooi Yik.

Terdahulu, Zii Jia hanya memerlukan masa 25 minit bagi menundukkan Artem Pochtarov dari Ukraine dengan kemenangan straight set 21-5, 21-11 pada aksi pembukaan kumpulan.

Untuk makluman, pasangan badminton beregu Aaron Chia-Soh dan Wooi Yik juga berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan pemain gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin dan Sanjaya Sukamuljo dengan kemenangan 21-14, 21-17.

Apapun, kepada semua rakyat Malaysia hari ini antara yang paling ditunggu-tunggu apabila kita semua bakal menyaksikan perlawanan juara All England 2021, Lee Zii Jia dan juara bertahan Chen Long pada aksi 16 terbaik acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada jam 6.15 petang ini.

Salma Syahbuddin