Trending By: SGMS Putri February 24, 2018 @ 2:33pm

Anak Sesak Nafas, Kenal Pasti Tanda Amaran Dan Bertindak Segera

Ketika bernafas, sistem pernafasan akan menyalurkan oksigen ke dalam darah untuk disalurkan ke seluruh bahagian tubuh. Oleh sebab itu, sesak nafas tidak boleh diambil mudah terutama kepada kanak-kanak. Ada beberapa kes yang menjadikan sesak nafas ini sebagai salah satu tanda anak anda mungkin mengalami penyakit tertentu yang memerlukan rawatan segera.

Tanda-tanda sesak nafas pada anak kecil anda diantaranya adalah lubang hidung terbuka besar ketika bernafas, kulit diantara tulang rusuk dan leher seperti tertarik dan kedengaran bunyi yang agak kuat ketika mereka menarik nafas. Selain itu, sesak nafas juga sering datang dengan pernafasan yang terlalu cepat.

Kadar pernafasan melebihi normal. Apa yang normal? Kadar normal ikut umur pesakit tu.

NORMAL
< 2 bulan : <60/MINIT
2 bulan hingga 1 tahun: <50/MINIT
1 tahun hingga 5tahun: <40/MINIT

Recessions

Bila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulung rusuk. Jika nampak ototnya timbul tenggelam macam di video yang kami share, itu petanda amaran respiratory distress.

Nasal flaring

Tanda ini boleh dilihat kebanyakkannya pada bayi yang sesak nafas. Pernafasan biasa adalah sangat lembut, relaks, dan tidak nampak macam menggunakan banyak tenaga. Kalau anak anda mempunyai salah satu pun tanda seperti di atas, anak anda kemungkinan menghidapi kesesakan nafas dan perlu diperiksa oleh doktor secara segera.

Kalau anak menghidapi asma, tanda tanda seperti di atas bermakna anak anda perlu guna inhaler (ventolin) segera, dan kalau tidak lega selepas 3 kali guna, anda boleh ke klinik kesihatan berdekatan dahulu untuk mengambil nebulizer. Akan tetapi, kalau luar ‘office hours’, anda boleh ke kecemasan terus.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 14 Jul 2022
Featured Tue, 2 May 2023
Featured Sat, 27 Feb 2021

KWSP Umum Dividen Konvesional 5.2 Peratus, Shariah 4.9 Peratus

Dalam satu kenyataan hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2020. Kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula ialah […]

Featured Sun, 17 Oct 2021

Masjidil Haram Umumkan Tiada Penjarakan Fizikal

Sejak tercetusnya COVID-19, Masjidil Haram dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti penuh dengan jemaah menunaikan solat tanpa dibatasi penjarakan fizikal buat pertama kali. Difahamkan, kumpulan pekerja menanggalkan penanda di lantai sebagai panduan untuk orang ramai melakukan penjarakan […]

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

“Saya Akan Nyanyi Lagu Baru Yang Belum Dirilis” – Bunga Bersedia Membuka Tirai Konsert Coldplay Esok!

Wahh, Bunga pun dah ready nak perform opening esok dekat konsert Coldplay!

Trending Sat, 4 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Latif Romly Pertahan Emas

Atlet para negara, Abdul Latif Romly, 24, berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi. Latif muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga, […]