Categories: Trending

Anaknda Agong Terima Darjah Kebesaran, Curi Tumpuan Ramai Dengan Kecantikan

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-61 Sultan Pahang semalam, lapan anaknda Yang Di-Pertuan Agong berkenan menerima darjah kebesaran di istiadat pengurniaan di Istana Abu Bakar, Pekan.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah wajah manis dan personaliti putera puteri baginda.

Ramai netizen memuji kecantikan putera puteri raja itu di laman Instagram rasmi.

Kelima-lima puteri diraja tampak begitu anggun dan klasik dalam persalinan kurung Pahang ketika bergambar di sisi ayahnda tercinta.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran disempurnakan oleh Tengku Hassanal membabitkan 56 penerima termasuk lapan anakanda Seri Paduka dengan didahului Tengku Muhammad yang menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama dua kekanda baginda, Tengku Amir Nasser dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Sementara itu, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah masing-masing dikurniakan darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera.

Kredit foto: Instagram rasmi Tengku Puteri Iman Afzan

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”