Categories: Trending

Perokok Berisiko 7 Kali Ganda Dijangkiti Covid-19

Berwaspadalah!

Perokok dan penghisap vape tidak kiralah golongan tua atau muda berisiko lima hingga tujuh kali ganda mudah dijangkiti Covid-19.

Penemuan itu hasil kajian Universiti Standford di California, Amerika Syarikat menerusi kajian yang diterbitkan pada Selasa dalam Jurnal Kesihatan Remaja. Hasil kajian itu mendapati, kesan penggunaan rokok dan kadar jangkitan virus dalam kalangan individu berusia antara 13 hingga 24 tahun adalah tinggi.

Mereka yang dilaporkan merokok dan menghisap vape dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini adalah golongan paling terdedah risiko jangkitan.

Kumpulan kedua paling berisiko ialah…

Kajian yang sama juga menunjukkan, individu yang menghisap vape tetapi tidak merokok termasuk dalam kategori kedua paling berisiko dijangkiti wabak tersebut.

Senang cerita, jika anda merokok dan menghisap rokok elektronik, anda lebih mudah terdedah Covid-19,” kata pengarang kanan kertas kajian itu, Bonnie Halpern-Flesher.

Manakala,

nak muda yang merokok dan menghisap rokok elektronik dalam tempoh 30 hari lalu pula, lebih lima kali ganda berisiko menunjukkan gejala Covid-19.

Setakat semalam, 21 juta kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 757,000 kematian.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas teruk akibat pandemik itu dengan 5.4 juta mangsa dan 170,000 kematian.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin