Categories: Trending

Virus Covid-19 Dengan Mutasi D614G Terbukti Dikesan Di Malaysia

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, virus punca penyakit Covid-19 dengan mutasi D614G ini didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader‘.

ARTIKEL BERKAITAN : Virus Kluster PUI Sivagangga Adalah Jenis D614G, Bakal Diketahui Minggu Hadapan – KKM

Dikesan di Malaysia menerusi ujian pengasingan

Tambahnya lagi, mutasi jenis D614G itu dikesan hasil daripada ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram.

Manakala, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah mengesan virus Covid-19 mutasi jenis D614G berdasarkan ujian awal yang dijalankan.

” Ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa lagi kes yang lain “

Langkah pencegahan, patuh SOP!

Dalam kenyataan menerusi perkongsian dilaman Facebook miliknya, Dr Noor Hisham menekankan, agar masyarakat Malaysia masih dengan kaedah menggunakan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan yang berdisiplin dalam mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, menurutnya situasi terkini Covid-19 masih terkawal dan KKM serta agensi lain masih berusaha membendung penularan Covid-19.

Terdahulu, mutasi D614G ini ditemui oleh saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.

Salma Syahbuddin