Categories: Trending

Aksi Ngeri Hafizh Syahrin Terpelanting Ke Udara Buat Netizen Cuak

Terpelanting ke udara ketika perlumbaan MotoGP di Austria pada Ahad ternyata memberi impak dan perasaan cemas buat semua peminat pelumba Moto GP 2 negara, Hafizh Syahrin.

Video kemalangan ngeri yang menimpa beliau tular di media sosial dan turut dikongsikan di laman twitter MotoGP.

Kemalangan Ngeri pernah berlaku

Insiden berkenaan pada mulanya berlaku selepas pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada di tengah laluan sebelum Hafizh yang tidak menyedari kemalangan itu gagal mengelak dan melanggar motosikal pelumba Italtrans Racing Team.

Motosikal ditunggang Hafizh dilihat berkecai dan pelumba Openbank Aspar Team itu melambung tinggi di udara.

Kemalangan itu juga turut membabitkan beberapa pelumba lain iaitu Andi Farid Izdihar (IDEMITSU Honda Team Asia) dan Edgar Pons (Federal Oil Gresini Moto2) sebelum saingan terpaksa dikibarkan bendera merah susulan insiden berkenaan.

Masih Stabil

Bagaimanapun, Hafizh dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan hanya mengalami lebam di beberapa bahagian badan.

Menurut bos pasukan Openbank Aspar Team, Gino Borsi, Hafizh pada ketika ini masih berada dalam keadaan yang stabil dan baik.

” Hafizh berada dalam keadaan baik, dengan dia hanya mendapat lebam terutama di bahagian pinggul tetapi berada dalam keadaan sedar.”

Bagaimanapun, isteri beliau juga sempat berkongsi keadaan Hafizh menerusi instagram stories miliknya.

Sementara itu, Prinsipal Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali turut mengesahkan perkara sama.

“Hafizh berada dalam keadaan sedar dan hanya lebam. Selainnya OK. Dan beliau masih berada di pusat perubatan untuk pemerhatian ” Katanya.

Apapun, diharap kemalangan ini menjadi pembakar semangat buat pelumba Moto GP 2 negara ini.

Salma Syahbuddin