Categories: Trending

Anggota Kesihatan Dikesan Positif Covid-19 Babitkan Kluster Sungai

KKM kini memaklumkan satu kluster baharu iaitu kluster Sungai kini dikenal pasti disebuah pusat perubatan di Kedah.

Dan, kes indeks ke-9,455 ini membabitkan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut.

Mula bergejala pada 30 Ogos lalu

Difahamkan, anggota kesihatan tersebut mula bergejala sejak 30 Ogos lalu namun tidak mendapatkan rawatan segera.

Sehinggalah beliau melakukan ujian saringan pada 5 September 2020 dan didapati positif.

Manakala, kes kedua kluster ini iaitu kes ke-9,456 merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah.

Pegesanan kes secara aktif

Bagaimanapun, kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Susulan kes tersebut, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat turut dijalankan dan sehingga 7 September 2020, seramai 57 orang telah disaring.

Daripada jumlah itu, dua kes dikesan positif Covid-19 dan 55 individu masih menunggu keputusan.

Sumber : BH Online, Harian Metro

Salma Syahbuddin