Categories: Trending

Apa Nak Jadi Dengan Pasir Gudang?

Beberapa bulan lalu kecoh isu pencemaran udara dan toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim yang menyebabkan kesihatan orang awam terjejas malah sekolah berhampiran kawasan tersebut juga terpaksa ditutup. 

Episod pencemaran udara  di Pasir Gudang kembali berterusan. Terbaru, Pasir Gudang sekali lagi dilanda dengan situasi yang sama menyebabkan hampir lapan buah sekolah menjadi mangsa. 

Antara sekolah yang dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut adalah SMK Tanjung Puteri Resort, SK Tanjung Puteri Resort, SK Pasir Putih 1, SK Pasir Gudang 2, SK Taman Pasir Putih 1, SMK Taman Megah Ria, SK Taman Rinting 2 dan SMK Bandar Seri Alam.

Selain itu, kerajaan Johor turut mengeluarkan kenyataan untuk menutup 14 lagi buah sekolah di Pasir Gudang berikutan kes pencemaran udara yang tidak terkawal. 

Menurut Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat susulan tiga lagi sekolah dilanda simptom sesak nafas dan muntah-muntah pada jam 11 pagi tadi. 

“Pihak Bomba terima panggilan jam 11 pagi tadi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nusa Damai, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Dahlia dan SK Kopok. Setelah saringan dibuat, 20 dikesan mengalami sesak nafas dan muntah-muntah.

“Jadi Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik buat ketetapan supaya sekolah yang berada dalam jajaran lokasi kejadian ditutup empat hari sehingga 27 Jun ini”.

“Institusi pengajian awam, sekolah agama kerajaan Johor, pra sekolah dan Tadika turut terlibat,”

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”