Trending By: SGMS Faida June 19, 2018 @ 6:25am

Apa Salah Si Kecil Ini Sehingga Tergamak Ditikam 30 Kali?

Kejam! Apa dosa kanak-kanak itu apabila ditikam bertubi-tubi oleh bapa saudaranya sendiri.

Mayat kanak-kanak itu ditemui oleh neneknya di kediaman rumah mangsa di Taman Kepong, semalam.

Lebih menyayat hati, keadaan mangsa ketika ditemui dalam keadaan ditutupi kain putih dan berlumuran darah di dalam stor di tingkat bawah rumah itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya menerima aduan dari sebuah hospital swasta kira-kira jam 9.30 malam.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 30 kesan tikaman pada badan mangsa dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam.

Dalam pada itu, polis berjaya menahan suspek berusia 21 tahun yang merupakan bapa saudara mangsa dan suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden.

“ Suspek dipercayai telah datang ke rumah mangsa bagi melawat ahli keluarganya.

“ Ketika kejadian, ibu mangsa sedang tidur bersama seorang bayi di tingkat atas manakala neneknya keluar seketika.

“ Setengah jam kemudian, nenek mangsa pulang dan mendapati mangsa berada di bilik stor, ditutupi kain putih dan berlumuran darah.

“ Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Polis turut merampas baju dan seluar yang dipakai suspek ketika kejadian.

Motif kejadian sedang dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Mon, 4 Mar 2024

Banyak Telekung Lama? Trade-in Jer Dengan Yang Baru Di Butik Siti Khadijah Hari Ini!

Telekung ni dah menjadi aksesori atau kelengkapan wajib buat setiap wanita Muslim. Islam kan menganjurkan keindahan, begitu jugalah dengan wanita yang sukakan kecantikan, pantang nampak telekung cantik, mesti nak bertukar-tukar. Berita baik untuk penggemar telekung […]

Selebriti Fri, 15 Mar 2024
Trending Tue, 2 Jul 2024
Trending Tue, 4 Dec 2018

Wow! Jumpa Motor Semula Dengan Bantuan GPS Tracker?

Ekoran daripada GPS Tracker yang dipasang di motor lelaki ini, lambakan kenderaan lain turut dijumpai di tempat kejadian.

Featured Sat, 6 May 2023
Trending Wed, 1 Jan 2020

Jumpa 19 Bangkai Kucing & Sampah Bertimbun Sampai Ke Siling Rumah

Kesiannya pada kucing-kucing yang mati tu!

Featured Wed, 22 Mar 2023

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Bakal ‘Menggila’ Di Konsert Jiwa Kacau!

Fuhhh cool gila! Jangan lupa dapatkan tiket Jumaat ini